
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa PRU-13 dijangka getir bagi BN dan tidak seperti PRU terdahulu berikutan parti-parti lawan bertambah agresif, tepat pada masanya.Justeru itu, Umno akan menerapkan dua elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat bermula Jun ini untuk mengukuhkan kesepaduan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka lebih getir.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, elemen itu ialah ceramah yang menyentuh isu-isu semasa dan penglibatan semua parti-parti komponen BN.- Kata Ahmad, perubahan yang dibuat dalam program Juara Rakyat kali ini mengandungi unsur-unsur untuk menghadapi situasi getir tersebut supaya penyokong BN tidak goyah.
Mengenai ingatan Timbalan Perdana Menteri supaya tiada lagi pertelagahan di bahagian, Ahmad berkata ingatan itu sangat wajar supaya semua pihak segera menyelesaikan pertelingkahan sekiranya masih belum selesai.Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyamakan perkara itu dengan ‘cah keting’ yang menjadi punca BN tewas di lima negeri pada PRU-12 yang lepas. Perbuatan jatuh-menjatuhkan seperti ini tidak boleh berlaku lagi dalam Umno. Jadikan kekalahan (PRU) 2008 pengalaman pahit yang sangat berharga, katanya.



May 24, 2011 9:15 AM
UMNO perlu tumpukan usahanya untuk menarik minat pengundi muda bagi mengundi mereka...kerana sy rasa pengundi2 muda ini akan menjadi 'Kingmaker' sebenar dalam penentuan siapa yg akan marching ke Putrajaya nnt...strategi DAP memancing minat pengundi muda untuk mengundi mereka berjaya seperti yg ditunjukkan dalam PR negeri Sarawak lepas...
May 24, 2011 9:57 AM
Unmo perlu strategik yg sesuai pada masa ni sekiranya mahu menang.
May 24, 2011 10:34 AM
rasanya dua elemen baru ini sesuai dan wajar digunapakai.
May 24, 2011 10:35 AM
apa pun yang penting untuk mendapat sokongan rakyat secara keseluruhan, UMNO perlu sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan rakyat.
May 24, 2011 11:15 AM
UMNO perlu tinggalkan sifat rasisnya dan usahakan untuk mendapat kembali sokongan rakyat.
May 24, 2011 11:33 AM
elemen ini perlu digunakan sepenuhnya dalam menghadapi PRU13 nanti.
May 24, 2011 1:56 PM
Semoga terus berusaha untuk menambat hati rakyat.
May 25, 2011 11:00 AM
UMNO should really change their strategy. Being racist will not help them in getting the support they need to face GE13.
May 25, 2011 11:01 AM
Internal problem that UMNO is having rite now must be solved immediately. This infighting could cause doubts to the people.
May 25, 2011 11:02 AM
The most important part is Walk the Talk.
May 26, 2011 10:44 AM
PRU13 tidak patut menjadi kebimbangan lebih2 lagi bagi pihak parti pemerintah. hanya berikan apa yang sering dituntut oleh rakyat dan selesaikan masalah mereka. rakyat tetap akan setia terhadap mana2 parti yang berjaya membela nasib mereka dan dalam masa yang sama memacu ekonomi negara kearah yang lebih baik.
Post a Comment