SUARA BEBAS TUARAN

198 Laman Web K'jaan Digodam Kerana Motif Politik?

Labels:

Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.
Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.
  • "Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
  • Rais berkata, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengodam yang tidak bertanggungjawab itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
Rais juga percaya serangan itu ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara.
  • Beliau memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara sahaja, dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam. Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.
Sumber: mStar
7 comments:

Well, take it as a wake up call for the government.


Sudah meningkat bilangan Laman Web Kerajaan yang digodam ini.


semakin hari semakin bertambah web kerajaan digodam. Apa yang kerajaan perlu buat sekarang, pastikan lokasi pengodam tersebut.


bagaimana pula ia dikaitkan dengan bantahan terhadap perhimpunan BERSIH pada 9 Julai nanti? sebelum ini ia dilihat sebagai bantahan terhadap tindakan pihak SKMM menyekat beberapa laman web yang melanggar undang-undang.


yang penting kesan dan tahan semua penggodam2 trsebut.


"marahkan nyamuk, kelambu dibakar"

memang tepat perumpamaan ini untuk situasi seperti ini.. patutnya mereka hanya menyerang SKMM atau marahkan Rais, bukannya semua jabatan kerajaan.

bagi saya tindakan penggodam ini bukan bermotifkan politik atau mempunyai kaitan dengan BERSIH. saya tidak nampak tindakan mereka ini kearah itu, melainkan sekadar menyuarakan protes mereka.


tindakan penggodam ini adalah merupakan kesalahan dan mereka patut dikenakan tindakan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails