
Gambar Projek pembinaan bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan Tamau, di daerah Kota Belud yang pernah terbengkalai.
Selaras usaha membangunkan pendidikan di Sabah, Jabatan Pelajaran Negeri perlu diberikan kuasa dan autonomi dalam melaksanakan projek pembangunan berkaitan pendidikan. langkah itu perlu bagi membolehkan keputusan dibuat dengan cepat dan tepat tanpa perlu merujuk semua urusan ke Putrajaya terutama bagi perkara-perkara kecil.Dengan cara itu, keputusan boleh dibuat dengan cepat, pelaksanaan dapat dimulakan tanpa melalui amalan birokrasi yang dikhuatiri menjejaskan matlamat kerajaan membangunkan bidang pendidikan di Sabah.
Dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, maka usaha boleh dilaksana untuk memberi fokus dan perhatian kepada pembangunan pendidikan di negeri ini, Demekian pendapat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah merangkap Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Datuk Seri Salleh Tun Said.
“Adalah satu hakikat jelas bahawa kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak masih terkebelakang berbanding di Semenanjung, begitu juga dari segi pencapaian akademik, justeru langkah terbaik menanganinya ialah dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, membuat keputusan bagi perkara yang tidak melibatkan soal dasar.- “Dengan diterajui orang Sabah, maka Jabatan Pelajaran Sabah tentunya lebih memahami keadaan dan keperluan di tempat sendiri. Mesyuarat-mesyuarat kecil di Kuala Lumpur perlulah dikurangkan.
“Yang penting, Jabatan Pelajaran Negeri diberi kuasa-kuasa sewajarnya, kerana jika tidak, kita akan terus berhadapan masalah dalam melaksanakan projek pembangunan pendidikan di negeri ini,” kata Salleh selanjutnya.- Salleh juga berkata pembangunan bidang pendidikan di negeri ini menuntut anjakan paradigma secara serius, dan ia memerlukan keazaman politik di peringkat pimpinan kerajaan.
Menurut Salleh, banyak sudah dilapor mengenai keadaan bangunan sekolah usang dan uzur, prestasi akademik yang mundur dan sistem pelaksanaan projek pendidikan yang tidak teratur.“Ini semua tidak boleh dibiar terus terlanjur, justeru kita berharap agar difikirkan secara serius pemberian kuasa kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk memberi fokus utama,” katanya.



June 24, 2011 9:33 AM
I agree with this suggestion. Based on the 20 points agreement, one of the point mentioned that Sabah is allowed to have our own education system.
June 24, 2011 9:36 AM
It is also better for Sabahans as the Sabah education ministry can tailor made the education system for Sabahan needs such as teaching Mathematics and Science in English. Or include local ethnic language as one of the subjects.
June 24, 2011 11:29 AM
Sokong dengan cadangan ini. Biarlah Jabatan Pelajaran Sabah yang urus hal ehwal pendidikan di negeri ini tanpa perlu menunggu Putrajaya setiap kali ingin membuat keputusan.
June 24, 2011 11:31 AM
Jika kuasa autonomi diberikan, kelancaran projek berkaitan pendidikan dapat ditingkatkan dan ini boleh menjimatkan masa dan kos.
June 24, 2011 11:57 AM
biarlah Jabatan Pelajaran Sabah sendiri laksanakan sebarang projek berkaitan pendidikan tanpa campurtangan kerajaan persekutuan. lagipun, proses yang dibuat nanti akan memakan masa yang lama jika perlu kelulusan dari kerajaan persekutuan terlebih dahulu.
June 24, 2011 2:10 PM
cadangan yang bagus..ini membolehkan sesutu keptusan atau pekara dibuat dengan lebih cepat.
June 25, 2011 10:17 AM
agak sukar sekiranya semua ditangan kerajaan persekutuan. Jika perkara ini berterusan maka susahlah rakyat Sabah menikmati kemudahan pendidik yang terbaik.
June 26, 2011 7:35 PM
Bagus jugalah cadangan ini. Mana tau ia dapat melanbcarkan setiap projek yang dilaksanakan. hehe
June 26, 2011 7:35 PM
Semoga hal ini akan diberi perhatian serius demi kebaikan bersama.
June 27, 2011 8:14 AM
jika Sabah berjaya, negeri2 lain juga pasti akan menuntut kuasa autonomi yang sama. apa2pun memandangkan kemudahan pendidikan di Sabah agak kebelakang berbanding dengan semenanjung, wajarlah jika kerajaan persekutuan mempertimbangkan cadangan ini..
July 1, 2011 7:40 PM
kenapa kerajaan persekutuan buat begini mungkin ada sejarah sbb kebanyakan projek semua dibolot oleh YB yang berkenaan keuntungan kpd YB yang berada di dun atau diperlimen sesebuah daerah lihat saja jalan raya yg dibina siapa punya klu bkn YB punya org lain yg kasih jalan fikir2lah semua rasuah2 klu tak rasuah projek tak jalan ada kebenarannya allah melihat apa yg kita buat
July 1, 2011 7:46 PM
cadangan yg baik tapi ingat yg selalu dpt tu projek kebanyakannya YB yg berkenaan yg tinggal di dun/perlimen yg diwakilinya byk sdh contohnya jln raya sapa punya YB juga sapa kasih jln kuncu2nya juga ingatlah allah melihat apa yg kita buat dan biarlah ikhlas dalam membuat amalan jauhi rasuah
July 12, 2011 7:51 AM
saya cuma mahu lihat sabah memperolehi pembangunan yang sama dengan pembangunan yang ada di negeri2 semenanjung.
Post a Comment