SUARA BEBAS TUARAN

Daripada 42,000 Orang Hanya 3,000 Bukan Melayu Sertai Program latihan 1Malaysia?

Labels:

Kurangnya penyertaan kaum bukan Melayu dalam Program Latihan 1Malaysia di Kolej Komuniti bukan menggambarkan wujud masalah dalam program tersebut tetapi mereka mempunyai kemahiran tertentu yang diperoleh melalui penyertaan dalam sesebuah persatuan atau diwarisi melalui keluarga mereka untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian.
  • “Sebab itu kita dapati mereka tidak begitu mendekati program ini berbeza dengan kaum Melayu yang memerlukan ilmu dan kemahiran untuk berjaya,” demekian kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada pemberita selepas merasmikan Festival Usahawan Muda dan Jom Cari Kerja Kolej Komuniti Wilayah Timur di Kolej Komuniti Kuantan kelmarin.
  • Beliau berkata sehingga Mei lepas, seramai 45,000 orang dengan 42,000 daripadanya adalah daripada kaum Melayu, 1,050 kaum Cina dan selebihnya kaum India dan lain-lain telah menyertai program Latihan 1Malaysia.
  • Tegasnya, perbezaan jumlah penyertaan itu tidak sepatutnya dilihat sebagai usaha membantu kaum Melayu semata-mata sebaliknya menunjukkan tahap keperluan kaum tersebut dalam bidang kemahiran.
  • “Saya percaya kaum lain tidak ada masalah kalau ada usaha dilakukan untuk membantu orang Melayu kerana mereka ini memerlukan bantuan,” katanya.
Katanya kerajaan juga tidak menghalang malah menggalakkan penyertaan kaum bukan Melayu dalam program berkenaan pada masa depan bagi melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti.
Program Latihan 1Malaysia Kolej Komuniti menawarkan kursus dalam tiga kategori iaitu muzik, bahasa dan teknikal.
Sumber: Agensi
8 comments:

program latihan 1Malaysia adalah satu program yang baik dan kita harus mengikuti program ini untuk menambahkan kemahiran dalam bidang2 tertentu.


Sunguh sedikit bilangan bukan melayu. Mungkin boleh tingkatkan lagi bilangan itu.


Ataupun disebabkan bilangan bukan melayu adalah kurang oleh sebab itu tidak ramai yang terpilih untuk menyertai program itu.


I'm sure they have their own reasons why they don't follow this program.


harap program latihan 1Malaysia ini akan mencapai matlamatnya dengan penyertaan daripada pelbagai kaum.


sikitnya penyertaan kaum bukan Melayu. mungkin ramai lagi yang masih belum mendaftar atau tidak tahu tentang program ini..


jangan la guna 1Malaysia jika program itu hanya memberi kelebihan kepada satu2 kaum.


Originality visit us at www.latihan1malaysia.cikguiti.com
tqvm.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails