
DJ yang popular lagi sensasi masa kini, Othoe atau nama sebenarnya Andrew Impongan, 36, dari Tuaran dikatakan bertekad mengundur diri sebagai penyampai radio untuk slot Suria Pagi Kinabalu kerana sebab-sebab tertentu.Antara lain, Othoe merasa tidak puas hati kerana tindak tanduk pehak produksi dalam pemilihan lagu-lagu yang diputarkan di radio kurang lagu tempatan Sabah .
“Sebelum ini iaitu selama bersiaran selama tiga bulan di sana (Kuala Lumpur) tiada orang peduli. Misalnya dalam satu jam saya mainkan 11 buah lagu, sembilan adalah lagu-lagu tempatan Sabah dan selebihnya lagu-lagu lain.- Tapi sejak bersiaran di sini (Kota Kinabalu) sejak Mac lalu, produksi ambil alih pemilihan untuk lagu-lagu yang diputarkan di radio dan cara pemilihan lagu juga sudah berubah … kurang lagu tempatan Sabah diputarkan,” katanya.
Othoe berkata, pemilihan lagu-lagu itu juga kurang menyelerakan para pendengar kerana kadang kala sebuah lagu diputarkan berulang-kali dalam sehari.- “Ada lebih 500 lagu-lagu tempatan Sabah dalam pelbagai bahasa seperti Murut, Dusun, Kadazan, Bajau, Sungai, Rungus, Cina, Melayu tetapi hanya sedikit sahaja yang dimainkan dan itu pun berulang-ulang, sedangkan banyak lagu.
- “Mereka hanya memainkan lagu-lagu beberapa orang artis sahaja. Ini disebabkan mereka percaya tinjauan yang mereka lakukan sebelum ini,” katanya.
DJ Otohe yang mula menyertai Suria FM sejak 2008 terkenal dengan slogan “Atukkoi” berkata: “Semua lagu yang dimasukkan dalam ‘playlist’ adalah berdasarkan tinjauan mereka, tapi bagi saya tinjauan itu tidak menyeluruh”.“Walaupun saya tidak persalahkan mereka (pihak pengurusan yang memilih lagu) sebab mereka hanya menjalankan tugas untuk menjaga standard Suria FM, seperti juga stesen-stesen radio lain.
- “Namun apa yang saya tidak puas hati, kenapa sesuatu yang telah menaikkan arena muzik dan bantu artis Sabah, kena ubah? Kalau betul tidak berkesan apa yang saya buat selama ini iaitu menggunakan bahasa ‘Sabahan’ dan mainkan lagu-lagu Sabahan, kenapa rating pendengar Suria FM naik?
- “Objektif utama saya masuk Suria FM ialah untuk membantu artis-artis Sabah dan memartabatkan lagu-lagu tempatan. Tetapi sekarang semuanya sudah berubah,” katanya.



June 17, 2011 8:32 AM
Setuju dengan apa yang Othoe katakan. Perlu ketengahkan lebih banyak artis Sabah.
June 17, 2011 8:45 AM
Ingatkan Othoe akan berganding dengan Rey.
June 17, 2011 9:33 AM
mungkinkah Othoe akan kembali lagi di Suria FM? memang benar juga kata Othoe. Suria FM ni sepatutnya lebih banyak memainkan lagu-lagu tempatan bagi membantu artis-artis tempatan dan memartabatkan lagu-lagu tempatan.
June 17, 2011 10:16 AM
ada benarnya juga, lagu-lagu tempatan harus banyak dimainkan. apa pun, good luck untuk Othoe..
June 17, 2011 10:18 AM
Kenapa tiba-tiba tinggalkan Suria FM?
June 17, 2011 11:00 AM
Mungkin betul kata Othoe itu. Dia cuba untuk menaikkan nama artis orang Sabah. Bila lagi kita mahu bantu orang kita. Semasa othoe menjadi DJ memang kenaikkan berlaku. Tapi kita tunggu dengan ketiadaan othoe selepas ini.
June 17, 2011 11:15 AM
DJ Othoe mempunyai peminat dia sendiri. jika rating suria FM jatuh selepas ini, itulah kesannya apabila membuat keputusan tanpa mengambilkira pandangan semua pihak..
June 17, 2011 11:41 AM
slot Suria Pagi Kinabalu adalah slot untuk Sabahan, mgm patut lagu2 dari Sabah diutamakan.
Post a Comment