
Tiga gempa bumi berlaku semalam masing-masing dua di Sumatera Utara, Indonesia dan Sandakan di Sabah menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran.Gempa bumi pertama bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.
Pada sebelah petang, satu lagi gempa bumi berukuran 4.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Tongod di Sandakan, Sabah pada pukul 5.21 petang.- Antara bangunan di ibu negara yang merasai gegaran pada pukul 11 pagi ialah Wisma Bernama, Menara Kenanga, ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Megan Avenue.
- Bagaimanapun, ketiga-tiga kejadian gempa tersebut tidak mengakibatkan tsunami.



June 16, 2011 8:42 AM
Sudah banyak kali ia berlaku. Dulu kita pun pernah mengalami gempar ringgan disebabkan gempar daripada negara jiran.
June 16, 2011 9:45 AM
mungkin benar gempa bumi semakin menghampiri kita.. lihat saja kekerapan gegaran sejak beberapa tahun lepas.
June 16, 2011 9:53 AM
Kedudukan Sabah yang berhampiran dnegan lingkaran api pasifik menyebabkan hal ini terjadi.
June 16, 2011 9:55 AM
Harap sebelum ada bencana berlaku, jabatan kaji cuaca dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai.
June 16, 2011 10:20 AM
harap semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.
June 16, 2011 11:16 AM
harp tidak berlaku lagi gempa bumi.
June 16, 2011 2:11 PM
sentiasalah berwaspada dengan keadaan sekarang ini.
June 17, 2011 12:52 AM
Hopefully there wouldn't be any serious earth quakes happening in Sabah.
Post a Comment