SUARA BEBAS TUARAN

Hanya Kemenangan Bawa Erti-Najib


Kata Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno perlu menjalin hubungan yang begitu baik dengan pelbagai golongan dalam kawasan sendiri. Anggota dan pemimpin parti mesti ada ikatan dengan orang miskin, golongan pertengahan, penjaja, peniaga, PIBG, badan belia, pertubuhan serta kalangan Melayu dan bukan Melayu. Merekalah yang akan tentukan sama ada UMNO menang dalam pilihan raya atau pun tidak.
Justeru itu, Perdana Menteri meminta anggota parti mewujudkan satu perikatan baru iaitu menjalin hubungan dan ikatan dengan pelbagai peringkat dan golongan masyarakat di kawasan masing-masing, bagi memastikan sokongan rakyat kepada parti.
  • Najib berkata, dalam pilihan raya tidak ada istilah naib johan, seperti mana dalam sesuatu pertandingan biasa yang turut menyediakan hadiah untuk naib johan.
  • "Untuk pilihan raya hanya johan sahajalah yang ada erti dan makna bagi kita. Dan kita semua sedar bahawa menjadi naib johan bererti kita kalah dalam waktu pilihan raya.(Dan) kita tahu nasib parti yang kalah.” Kata nya.
  • Perdana Menteri itu berkata, yang penting dalam keadaan dan landskap politik hari ini adalah untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran kerana kalau menggunakan cara dan kaedah lama "kita boleh menang perang lama, perang baru tidak tentu lagi".
  • Menurut Perdana Menteri, sebagai parti politik dalam dunia demokrasi berparlimen, tidak ada parti di negara ini yang lebih cemerlang daripada UMNO dan BN dari segi kejayaan yang telah dicipta.
Namun, katanya, UMNO dan BN sedar bahawa kehebatan masa silam tidak akan menjamin kelangsungan kuasa pada masa akan datang. Ini kerana, menurut beliau, landskap politik negara, persekitaran dan pemikiran masyarakat sudah banyak berubah berbanding masa-masa lalu dan menurutnya antara faktor membawa perubahan itu adalah ledakan revolusi maklumat dan tahap pendidikan semakin tinggi.
  • "Kita tidak boleh berbangga dengan kegemilangan sejarah. Bila berdepan dengan ancaman kita tidak boleh kaku, tidak mahu melakukan pembaharuan dan pembugaran, dan (jika) takut pada perubahan, orang lain akan menguasai kita sebab orang lain melakukan perubahan (tapi) kita tak lakukan perubahan. Kita tak boleh berbangga dengan simbol dan imej sahaja tetapi pengisiannya kurang," katanya.
Sumber: Agensi
9 comments:

Biarlah kemenangan tersebut atas restu rakyat.


Sokong shiro. Kemenangan yang direstui rakyat adalah kemenangan yang paling bermakna sekali.


Justeru, pastikan setiap persaingan yang berlaku adalah adil dan saksama :)


rakyt yang akan menentukan siapa yang menang. oleh itu, tumpukan pada kebajikan rakyat.


Najib should first walk the talk.


As the Prime Minister, he should lead by example.


setiap parti inginkan kemenangan. jadi yang penting, tunjukkan usaha dan lakukan yang terbaik jika inginkan sokongan rakyat.


Nampaknya Perdana Menteri sedar akan perubahan yang berlaku terhadap rakyat. Sekmakin hari semakin matang. Mungkin sejarah kegemilangan berubah dengan kecanggihan sumber maklumat dan kepintaran pendidikkan masa sekarang. Jadi mungkin PM akan merancang strategi tersendiri untuk memastikan sokongan rakyat tidak akan berubah.


sudah tentu kemenangan membawa erti kepada mana2 parti, tapi bererti ka bagi rakyat sekiranya parti yang mereka pilih itu lebih banyak membebankan daripada membantu..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails