SUARA BEBAS TUARAN

Harga Makanan Turut Naik Akibat Kenaikan tarif Elektrik?


ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng(gambar kanan) berkata harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.Ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
  • Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.
  • "Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui(gambar kiri) bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula hari ini, 1 Jun.
Yeah selanjut nya berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.
"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.
Sumber: MK, Agensi
6 comments:

pemantau perlu sentiasa dilakukan dan apa pun yang ingin dilaksanakan pastikan kemampuan rakyat diambilkira..


kenaikan tarif elektrik akan naikkan harga makanan. tambah susahlah rakyat.


memang sudah dijangka bahawa kenaikan tariff elektrik akan mempengaruhi barangan lain. diharap kenaikan ini tidak digunakan oleh para peniaga sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan secara tidak terkawal.


This is all too common. Once the price of something goes up, the price of some other things will go up as well.


persamaan kenaikkan tarif elektrik atau petrol, kedua2nya memberi kesan yang sama iaitu kenaikkan harga barangan.. mana ada peniaga yang tidak menggunakan peluang ini untuk menaikkan harga barangan.


Kerajaan perlulah bijak membuat perancangan berkenaan pengurangan dan kenaikkan harga barang.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails