Bersih 2.0, yang dikatakan diwakili 62 NGO Gabungan 62 NGO bakal mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur 9 Julai ini adalah hasrat dari rakyat sendiri. Menurut penganjur, Bersih 2.0 sekali lagi mahu menegaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah seratus peratus inisiatif pertubuhan masyarakat. Gerakan rakyat untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil.
"Kami juga menjemput pertubuhan lain termasuk parti politik untuk menyertai kami dalam usaha mengangkat demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.
Pelancaran himpunan itu akan dibuat 19 Jun ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor. Sehubungan itu, mereka menyeru semua pihak menyokong himpunan itu demi masa depan demokrasi negara dan bukan menentangnya.
PAS sahaja akan mengerahkan 300 ribu ahlinya menyertai himpunan itu seperti usul yang diluluskan pada Muktamar 57 lalu.
Sejak hasrat himpunan itu diutarakan, Umno khusus dilihat tidak senang duduk sehingga terpaksa membuat beratus laporan polis di seluruh negara.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan pendesak Melayu, Perkasa pula mengancam mahu bertembung dengan himpunan itu jika penganjur Bersih enggan membatalkan hasrat mereka.
Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda Umno pada Khamis memutuskan untuk turut mengadakan perhimpunan dan berarak pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata antara perkara yang akan diketengahkan dalam memorandum itu ialah berkaitan isu pemindahan pengundi di mana pihaknya mendapati perkara itu sedang dilaksanakan pembangkang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Selain mencadangkan beberapa perkara, perhimpunan itu juga bertujuan membuktikan bahawa suara rakyat tidak hanya dimonopoli pembangkang khasnya PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di sini Jumaat.
Terbaru, pihak polis pula mengumumkan akan bertindak membuat tangkapan awal sebagai pencegahan agar himpunan tersebut tidak berlaku.
perhimpunan seperti ini boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalulintas dan kekecohan. saya harap semua pihak akan bertindak rasional dan memikirkan kepentingan awam.
Rasanya negara kita telah sedia melakukan sesuatu dengan adil dan bersih. Tidak ada apa-apa yang perhimpunan BERSIH ini dapat selepas itu. Cuma perkara yang sama pun akan berlaku selepas itu. Menjalankan kerja harian seperti biasa.
Carl Gershman (Presiden NED) yang hadir di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2008 memuji sistem pilihanraya di Malaysia setelah pembangkang menang di lima buah negeri...
kalau kerajaan kotor, Pakatan tidak akan berpeluang mentadbir 4 buah negeri dan tidak berpeluang menang 8 daripada 16 pilihanraya kecil sejak Mac 2008.
June 18, 2011 8:34 AM
Adil, adil juga. Tapi kalau sudah mahu berhimpun dan menyusahkan banyak pihak, apa macam?
June 18, 2011 8:46 AM
belum lagi perhimpunan Bersih ini dibuat sudah ada kekecohan. apa lagi bila sampai masa perhimpunan tu.
June 18, 2011 9:26 AM
Buat demonstrasi di tempat tertutup sajalah. Sesak jalan raya nanti, susah orang awam nak pergi kerja, membelih-belah etc.
June 18, 2011 10:12 AM
perhimpunan seperti ini boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalulintas dan kekecohan. saya harap semua pihak akan bertindak rasional dan memikirkan kepentingan awam.
June 18, 2011 10:35 AM
Rasanya negara kita telah sedia melakukan sesuatu dengan adil dan bersih. Tidak ada apa-apa yang perhimpunan BERSIH ini dapat selepas itu. Cuma perkara yang sama pun akan berlaku selepas itu. Menjalankan kerja harian seperti biasa.
June 18, 2011 10:52 AM
Carl Gershman (Presiden NED) yang hadir di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2008 memuji sistem pilihanraya di Malaysia setelah pembangkang menang di lima buah negeri...
kalau kerajaan kotor, Pakatan tidak akan berpeluang mentadbir 4 buah negeri dan tidak berpeluang menang 8 daripada 16 pilihanraya kecil sejak Mac 2008.
June 18, 2011 11:44 AM
Bukan satu aktiviti yang perlu di sokong dan menjadi taladan.
June 19, 2011 12:28 AM
Bikin sesak nafas saja tengok orang berkumpul ramai2 oo.. huhu
June 19, 2011 12:29 AM
Entah kenapa sejak akhir2 ini, ada saja yang mo buat perhimpunan.. adiii...
June 20, 2011 8:19 AM
perhimpunan ini hnya membawa kekecohan sahaja. lebih baik tak perlu diadakan.
June 20, 2011 9:47 AM
Kita mahukan Pilihan raya bersih, bebas dan adil.
Post a Comment