SUARA BEBAS TUARAN

Pekan, Infrastruktur Asas Di Pedalaman Daerah Tuaran Daif?

Labels:
Peta hiasan pedalaman daerah Tuaran
Baru-baru ini kampung kami telah di datangi oleh 3 orang pegawai wanita (PTD) dari semenanjung dengan tujuan untuk menganalisa secara dekat keadaan infrastruktur asas di kawasan Pedalaman daerah Tuaran.
Untuk memudahkan kerja mereka, ketiga-tiga pegawai wanita ini telah di tempat kan di Kg Bunga Tenghilan (kampung halaman saya) sebagai anak angkat kepada 3 keluarga dikampung tersebut, selama 10 hari.
Salah seorang dari mereka, telah dijadikan anak angkat kepada adik saya yang bertugas sebagai Pemaju Mukim kawasan DUN Tamparuli.
  • Sebelum sessi tugasan mereka berakhir, saya di kunjungi oleh ketiga-tiga pegawai tersebut sekadar bertanya beberapa soalan berhubung dengan pembangunan daerah Tuaran, khusus nya kawasan pedalaman daerah Tuaran.
  • Bila saya tanya kenapa harus bertemu dengan saya? Mereka kata, mereka di nasihatkan oleh bererapa orang activist kampong tersebut untuk bertemu dengan saya, kerana menurut atkivist-aktivist tersebut, saya mempunyai banyak infomasi tentang pembangunan negeri Sabah dan daerah Tuaran khas nya. Selaras dengan pengalaman saya sebagai Jurutera Kanan dan mantan pegawai kanan dalam sektor kerajaan pada suatu ketika.
Dengan bermula nya sessi pertanyaan, saya dikejutkan dengan persoalan yang diajukan oleh ketiga-tiga pegawai itu, tentang keadaan kampung ini yang menurut mereka, terlaluh jauh ketinggalan dalam arus pembangunan.
Terutama sekali keadaan jalan-jalan kampung tersebut kerana walaupun kedudukan nya terlalu dekat dengan lebuh raya KK-Kudat, namun maseh lagi belum diturap saperti yang banyak terdapat di kawasan DUN Sulaman. Disamping itu, mereka juga heran kenapa bekalan letrik dan air selalu terganggu selama beberapa hari meraka berada di kampong tersebut.
Sungguh mengherankan kata mereka, kerana Sabah telah bersama dalam gagasan Malaysia selama 48 tahun, namun keadaan disini sangat menyedihkan disamping mengelirukan.
  • Dalam pada itu, mereka juga telah mengajukan beberapa persoalan berasaskan pandangan mereka terhadap keadaan pekan Tenghilan, Topokon dan Tamparuli (senario dalam klip video ditayangkan) itu ada lah dalam keadaan daif.
  • Kata mereka, keadaan kedai-kedai yang sedia ada di daerah ini terlalu usang dan dalam keadaan yang seakan-akan ditinggalkan zaman - maseh lagi bertiang dan berdindingkan kayu-papan.
  • Keadaan serupa ini kata mereka, hanya lah terdapat di kawasan luar bandar semenanjug lebih kurang 20 tahun yang lalu.
Sebelum itu, mereka telah bertemu dengan beberapa orang pemimpin tempatan dan juga agensi kerajaan yang terlibat dengan pembangunan asas daerah Tuaran. Terutama sekali Jabatan kerja Raya daerah Tuaran.
Apa yang mereka ketahui, perancangan dan permohonan untuk tujuan pembangunan jalan-jalan luar bandar telah pun di buat dan di kemukakan ke pehak atasan berulang kali. Namun jawapan yang diterima – kerajaan tiada peruntukan.
  • Dalam kontek ini, saya tidak banyak memberi ulasan, kerana apa pun alasan yang saya beri, tidak akan mengubahkan keadaan yang sedia ada. Cuma saya syorkan kepada mereka untuk melapurkan perkara ini, setepat yang mungkin kepada ‘Boss-Boss’ mereka di Kuala Lumpur.
  • Dalam acara lain, saya kongsi pengetahuan dengan menayangkan klip video berjodol ‘Pembangunan Bersepadu Daerah Tuaran kearah 2020’. Klip video yang saya ilhamkan untuk edaran umum semasa saya bertanding sebagai calon bebas pada PRU12 .
  • Senario yang dikompilasikan dalam klip video tersebut telah menarik perhatian mereka. Sehinggakan mereka bertanya kenapa program yang begitu changgih dalam klip video tersebut tidak di realisasikan. Sedangkan menurut mereka, isi kandong Klip video tersebut sungguh releven dan sesuai untuk menganjakan lagi perubahan di kawasan pedalaman daerah Tuaran masa kini.
Akhir sessi, mereka bertanya kenapa kerajaan tidak melibatkan saya dalam perancangan pembangunan negeri ini? Jawapan ringkas saya, ia lah pemimpin kerajaan di Sabah yang sedia ada tidak berminat dengan orang-orang saperti saya. Pemimpin-pemimpin disini lebih selesa dengan mereka yang cetik akal dan yang hanya pandai mengangkat kaki.
Bagi pemimpin-pemimpin tersebut, kami ada lah dianggap sebagai ancaman kepada kedudukan selesa mereka.
Dengan kata-kata akhir itu, kami semua tergelak bersama.

Nota: Gambar-gambar diletakkan sebagai hiasan dan simbol keadaan di kawasan pedalaman daerah Tuaran
18 comments:

Ini sepatutnya tidak berlaku. Agak memalukan apabila keadaan daerah Tuaran dikatakan seperti di kawasan luar bandar Semenanjung 20 tahun yang lalu! Adakah Sabah ini kelas kambing? Harap kerajaan persekutuan dapat fokuskan lebih peruntukan untuk pembangunan di Sabah.


Mungkin aduan rasmi perlu dibuat berkali-kali kepada wakil rakyat/kerajaan agar suatu perubahann yang positif boleh dibawa ke daerah Tuaran. Kadang2 kita perlu bertindak lebih agresif (secara baik) agar suara kita didengari.


Siapakah sebenarnya individu yang ditemubual oleh Pegawai PTD itu? Dari pemahaman saya beliau mempunyai satu idea yang cukup bernas untuk membangunkan Daerah Tuaran tapi tidak mendapat perhatian kerana beliau bukan seorang yang suka "mengipas" @ Mengampu.


Individu yang di temubual itu boleh bertanding untuk kerusi PRU13 yang akan datang.


Peruntukan untuk di negeri Sabah harus ditambah lagi. Kalau nak maju, biar sama2 maju.


Harap aduan dibuat kepada pihak yang berkenaan supaya ada tindakan diambil untuk memajukan Tuaran. Semoga berjaya.


The government must ensure that the basic infrastructure are provided for the people.


usaha untuk melakukan pembangunan perlu sentiasa dilakukan agar Sabah menjadi lebih maju pada masa akan datang.


Sabah harus diberikan lebih tumpuan lagi agar jurang pembangunan yang ada dapat diatasi.


pembangunan di Sabah begitu mundir sekali berbanding di Semenanjung. pembangunan di Sabah dilihat terlalu difokuskan dikawsan bandar. kawasan luar bandar seolah olah kurang diutamakan. berilah pembangunan di kawasan luar bandar yang dilihat begitu daif sekali.


Wakil rakyat perlu berusaha lagi gigih untuk memajukan Tuaran. Kerajaan juga harus memberi peruntukan yang sesuai dengan keadaan Sabah yang banyak tempat lagi yang perlu dibangunkan.


sebenarnya pekan Tenghilan, Topokon, Tamparuli dan Tuaran tidaklah jauh sangat dari bandaraya KK. yang menghairankan kenapa pembangunan begitu lambat di kawasan tersebut. di Semenanjung, sudah tiada lagi kawasan2 yang naif seperti ini. adakah kerajaan persekutuan bertindak tidak saksama keatas Sabah dibandingkan dengan Semenanjung?


nampaknya keadaan di Tuaran begitu daif, kawasan tersebut harus dibangunkan.


Sebaiknya kerajaan menumpukan disemua kawasan untuk dibangunkan.


Kesiannya... Agak menyedihkan setelah berapa lama merdeka pembangunan yang dikecapi masih lagi belum mencukupi. huhu


Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya demi kepentingan ramai.


kerajaan tidak ada peruntukkan?? mana semua pendapatan Sabah? jika pendapatan Sabah dinikmati sendiri oleh negeri sabah, rasanya lebih dari cukup untuk memajukan Sabah.


Macam biasala...Sabah antara termiskin...kesian! Pemimpin apa buat?? Kalu pun peruntukan kena bagi, tidak semestinya 100%...kesian negeri sa ni!


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails