SUARA BEBAS TUARAN

Jalan Raya Sentiasa Diselenggara Tapi Belum Di Naikan Taraf?


ActionLine telah menyiarkan keluhan seorang pengadu mengenai kerosakan yang terdapat pada sepanjang jalan raya menuju ke Kampung Lokub, Kiulu serta kedaifan sebuah jambatan kayu yang merentasi sebatang sungai kecil berhampiran dengan kampung tersebut.
Menurut ActionLine setelah menghubungi Jurutera Jabatan Kerja Raya Tuaran, Andrew Durat di mana beliau telah menjelaskan bahawa pihak mereka sentiasa menyelenggara jalan tersebut mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. Antara lain rumusan Andrew ada lah;
  • 1) Jalan diselenggarakan mengikut jadual sebulan di mana antara kerja-kerja yang terlibat adalah seperti menggred seterusnya memampatkan semula jalan tersebut. Walau bagaimanapun, penduduk juga harus faham kerana usaha yang dilakukan secara berterusan ini mempunyai kekangan
  • 2) Andrew kemudiannya menjelaskan bahawa Kampung Lokub merupakan sebuah perkampungan yang terletak di atas bukit dan mempunyai taburan hujan yang tinggi jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Maka sifat semulajadi kampung ini yang menerima banyak hujan sedikit sebanyak mengakibatkan jalan di kampung tersebut cepat rosak.
  • 3) Masalah ini berlaku kerana batu kelikir yang ditabur di sepanjang jalan tersebut akan mengalir bersama dengan air hujan. Dan tidak banyak yang kami boleh lakukan bagi menghalang ianya dari berlaku.
  • 4) Satu lagi kekangan yang perlu difahami oleh semua pihak ialah JKR perlu menyelenggara lebih dari 20 batang jalan di Kiulu sahaja. Oleh itu, setiap jalan mempunyai gilirannya sendiri untuk diselenggara. Masalah selalunya timbul ketika jalan tersebut rosak sedangkan giliran jalan tersebut untuk diselenggara masih jauh.
  • 5) Bila perkara seumpama ini berlaku, maka penduduk kampung terpaksalah menunggu untuk beberapa ketika sehingga giliran jalan tersebut tiba. JKR tidak boleh berpatah balik untuk menyelenggara jalan tersebut melainkan ianya berada dalam keadaan kritikal iaitu sekiranya jalan itu putus atau separuh putus. Walau macam mana pun, JKR juga mempunyai masalah berkaitan jentera yang tidak mencukupi selain sudah berusia terlalu lama.
  • 6) Bagi menjelaskan isu mengenai jambatan yang sudah tidak kukuh itu pula, Andrew menjelaskan pihak mereka akan turun padang setiap kali paip pembentung yang terletak di bawah jambatan berkenaan tersumbat.
  • 7) Terdapat tiga batang paip pembetung yang digunakan bagi membina jambatan tersebut dan JKR juga sedia maklum yang ianya mudah tersumbat terutamanya pada musim hujan.
  • 8) Bagaimana pun, untuk makluman semua pihak, JKR sudah menyenaraikan jalan serta jambatan tersebut dalam perancangan untuk dinaik taraf. Seperti mana yang diketahui ramai, perlaksanaan projek naik taraf berkenaan perlu menunggu kelulusan serta peruntukkan dari pihak kerajaan.
Komen Solymone
Selanjut nya beberapa orang sahabat saya dari kawasan Kiulu telah bertemu dengan saya di pekan Tamparuli dan bertanya sama ada rumusan Jurutera Daerah(JD) tersebut menasabah. Kerana kata mereka alasan yang begitu changgih bukan lah satu jaminan yang kukuh kearah penyelesaian masaalah kekal kepada pengguna-pengguna keenderaan di kawasan tersebut.
  • Seada nya bukan lah mudah untuk memberi ulusan lanjut terhadap persoalan yang di kemukakan oleh sahabat-sahabat saya itu.
  • Kecuali kita pernah bertugas sebagai Jurutera Daerah dan Pegawai kanan di Ibu Pejabat yang secara lansung terlibat dalam membuat dasar dalam pengagihan peruntukan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagai nya.
  • Nasib berpehak kepada saya, kerana pada suatu ketika saya pernah menjawat jawatan yang ada kaitan dengan jawatan yang disentuhkan tadi. Ia itu, Jurutera Daerah dan Ketua Penolong Pengarah.
  • Saya tegaskan bahawa sememang nya ada kebenaran dengan kenyataan JD tersebut. Kerana bidang kuasa serta peruntukan yang disalurkan kepada JD itu hanya sekadar cukup menampong lebih kurang 30% kerja-kerja yang harus mereka tangani. Alasan dari Ibu Pejabat ada lah kekangan (constraint) peruntutan dari kerajaan negeri.
  • Perkara kedua yang mereka ingin tahu sejauh mana kan peluang jalan dan jambatan tersebut akan di naikkan taraf dan bila?
  • Dalam isu ini, saya tidak dapat memberi mereka jawapan yang tepat kerana saya sendiri tidak dapat memberi jaminan bila kah kelulusan permohonan JD tersebut dapat diluluskan oleh kerajaan. Mungkin setelah ADUN Kiulu di pilih sebagai Ketua Menteri atau pun Ahli Parlimen Tuaran di lantik sebagai Menteri Perseketuan dan sebagai nya.
Walau macam mana pun, sahabat-sahabat saya telah sempat mengucap terima kasih atas penerangan ringkas tersebut.
11 comments:

Harap rakyat dapat bersabar kerana pembangunan tidak dapat dibuat dalam tempoh yang singkat. Banyak faktor boleh menjadi punca kepada kelewatan proses ini.


Harap masalah ini akan mendapat penyelesaian daripada pihak yang berkaitan.


Mungkin benar kata pengarang ini. Kerajaan haruslah memberikan kemudahan yang baik kepada rakyat sebagai pengguna.


penduduk tidak boleh menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk mendapatkan projek naiktaraf jalan dalam kadar yang segera kerana pelbagai proses perlu dilalui untuk mendapatkan kelulusan projek tersebut.


diharap kerajaan negeri dapat memberikan peruntukan tersebut kepada kampung yang memerlukan.


harap dgn penjelasan ini, rakyat dpt faham dan bersabar kerana pembangunan tak dpt dilaksanakan sekaligus.


patut la masalah jalan di kampung saya tidak pernah selesai.. sebab faktor curam(bukit) dan hujan..


Salam kalian,

Untuk rekod kepada yang kurang arif tentang jalan-jalan di kawasan Pedalaman Tuaran am nya dan kawasan Kiulu khas nya, jalan-jalan tersebut telah di bena sejak pemerentahan USNO-Berjaya.

Maksud nya sudah berusia lebih kurang 40 tahun dengan keadaan yang sedia ada. Rusak dan berabuk serta berlumpur. Sampai bila lagi mereka bersabar menunggu? Sampai Tuaran merdeka sendiri kah?

Apa yang kerajaan hanya mampu laksanakan iah sekadar menyelangarakan jalan yang difikr perlu bilamana ada peruntukan.

Tetapi telah saya katakan dalam post ini, setakat ini daerah Tuaran pada keseluruhan hanya di bagi tidak lebih dari 30% peruntukan untuk tujuan tersebut.

Makna nya hingga kiamat pun penyelangaraan jalan-jalan di daerah Tuaran tidak akan dapat ditangani dengan sepenuh nya atas alasan kekurangan peruntukan dan kekurangan jentera yang sedia ada di JKR Tuaran.

Wal hal pembinaan jalan-Jalan baru di kawasan yang menuju ke kawasan pembalakan maseh di teruskan saperti Jalan Nabawan-Tawau(1-2 billion), Jalan Sebatik Kalabakan( bernilam RM 500 million), Jalan di kawasan Semporna-Tawau (RM 300 million), Jalan Kota Marudu-Poring, Ranau (RM200 million) dan banyak lagi.

Walau pun pada hakikat nya peruntukan jenis Lebur Raya ini datang nya dari kerajaan Perseketuan, namun kalau perancangan dan permohonan di buat dengan betul, peruntukan luar bandar sebanyak RM 200 million setahun itu pun boleh juga di agihkan kepada daerah saperti Tuaran untuk tujuan naik taraf jalan dan sebagai nya.

Apa yang saya lihat dalam proses yang komplek ini, ada lah kegagalan dari pernilian keutamaan, perancangan dan permohonan kearah itu oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkenaan di kawasan Tuaran atau pun salah kerajaan Negeri itu sendiri yang bersifat pilih kasih dalam peimbangan dan penagihan peruntukan kepada semua daerah di Sabah ini..khas nya di Tuaran.

Bagi saya, ini lah isu pokok punca permasaalahan ini.


kekangan2 yang dimaksudkan harus diatasi..namun ianya hampir mustahil..sebab yang mempunyai kuasa adalah kerajaan..


sudah disenaraikan dalam projek naik taraf dan perlu menunggu kelulusan dan peruntukkan..maksudnya, penduduk terpaksa menunggu dalam satu tempoh yang tidak pasti..


mahu salahkan JKR pun tidak patut..yang boleh dilakukan hanya tunggu..lagipun peruntukkan bukannya banyak..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails