Jenayah perdagangan meningkat 168 peratus kepada 24,023 kes pada 2010 melibatkan kerugian RM917,928,978 dari 8,952 (kerugian RM799,059,968) pada 2005, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kelmarin.Jenayah perdagangan ini melibatkan penipuan, pemalsuan, pecah amanah, penggelapan harta dan pengubahan wang haram yang jelas mengancam ekonomi negara, kata Ismail dalam ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Penjenayahan Kewangan (ICFC) 2011 di sini.
Ismail bagaimanapun yakin dengan penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) sebagai sebuah jabatan penuh, kes-kes jenayah perdagangan telah dapat ditangani dengan lebih profesional dan ramai penipu dihadapkan ke mahkamah.
- Sehingga ini, Ismail berkata PDRM telah berjaya menyiasat 244 kes pengubahan wang haram di bawah Akta Pengubahan Wang Haram 2001 (Akta 613) dan menerima beberapa laporan dari Bank Negara Malaysia mengenai transaksi yang mencurigakan.
- Beliau berkata PDRM telah mendakwa 87 kes di mahkamah dengan wang tunai dianggarkan RM29.4 juta dirampas dari pesalah, selain harta mudah alih dan tidak mudah alih. Selain itu, amaun dianggarkan RM44.1 juta beserta aset telah juga dirampas dalam proses siasatan.



June 10, 2011 10:11 AM
jenayah2 seperti ini harus kita bendung.
June 10, 2011 10:33 AM
Hope that the authorities will pay more attention to this.
June 10, 2011 10:34 AM
Hope that the authorities will pay more attention to this.
June 10, 2011 10:37 AM
jenayah ini perlu dibendung agar ianya tidak menjadi lebih teruk pada masa akan datang.
June 10, 2011 11:53 AM
Nampaknya semakin ramai yang menjadi hamba wang.semuanya ingin mendapatkan wang dengan cepat tapi dengan cara yang salah. harus diingat setiap wang yang diperoleh dari hasil titik peluh itu lebih bermakna dari wang yang diperolehi dengan cara yang mudah.
June 10, 2011 11:58 AM
diharap penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) ini dapat menangani sebarang aktiviti yang melibatkan jenayah perdagangan dan kadar jenayah di negara ini dapat dikurangkan.
June 10, 2011 1:35 PM
PDRM tidak perlu bersikap double standard jika ada antara kes2 ini didalangi oleh pemimpin2 kerajaan.
June 14, 2011 9:32 AM
Semakin bertambah kes pemerdagangan orang. Harap pihak berkuasa memperkuatkan lagi jentera bagi menangani masalah ini.
Post a Comment