
Serangan penggodam ke atas laman web milik kerajaan yang sebelum ini dinyatakan akan dilakukan Khamis ini nampaknya telah dimulakan lebih awal. Serangan dipercayai digerakkan oleh pengodam dari Malaysia sendiri dan bukannya kumpulan Anonymous yang berpengkalan di luar negara.Serangan awal ke atas laman web kerajaan bermula malam tadi dan laman pertama yang menjadi mangsa adalah http://politeknik.gov.my/ iaitu Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Terdahulu daripada laman web politeknik itu, sebuah laman web lain iaitu http://www.tourmalaysia.com.my/ telah digodam, namun tourmalaysia dipercayai bukan laman web milik kerajaan.
- Kedua-duanya telah digodam oleh pihak yang sama yang mengelarkan diri sebagai Kambeng Merah.
- Apa yang nyata, serangan pengodam ini adalah sebagai tanda protes terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) menghalang akses kepada laman web file sharing.
Hey admin..
DragonForce telah Singgah di sini
Terperanjat kah?
Jangan risau…
Banyak lagi yang akan tiba..
Hormati kami! Kami menyuntik masuk kod itu..kami mengubah sistem anda…kami crack password anda..kami menganggu rangkaian anda..
Bukan kerana kami benci..tetapi kerana kami LIKE! Enjoy?
Dalam pada itu, Kumpulan penggodam Internet, Anonymous memberikan amaran untuk menyerang laman web kerajaan pada 3.30 pagi 16 Jun waktu Malaysia.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberikan jaminan bahawa tindakan yang sewajarnya sedang diambil bagi menghalang cubaan menggodam laman web rasmi kerajaan.



June 16, 2011 8:34 AM
Bukan gurauan, bukan kabar angin semata mata dan bukan juga gertak sahaja. Kumpulan ini serius untuk melakukannya. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menghalang lebih banyak web kerajaan digodam.
June 16, 2011 8:40 AM
siapa jugalah penggodam ni. harap lokasi mereka dikenalpasti dan segera dikenakan tindakan.
June 16, 2011 8:41 AM
Orang tempatan ataupun orang luar negara yang melakukan ni?
June 16, 2011 9:56 AM
SKMM kata tindakan itu diambil kerana aktiviti mereka bertentangan dengan undang2. jika para penggodam ini merasakan mereka itu benar, kenapa tidak minta keadilan melalui mahkamah? nampak sangat la mereka ni salah dan tidak ada pilihan lain untuk mendapatkan semula akses mereka selain membuat serangan balas.
June 16, 2011 9:58 AM
Jangan ambil ringan ugutan ini. Mungkin SKMM perlu menimbang suatu keputusan dengan lebih terperinci agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.
June 16, 2011 10:23 AM
langkah dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil berhubung pekara ini.
June 16, 2011 11:20 AM
penggodam ini benar2 mencabar kerajaan. harp para penggodam ini dpt dikesan.
June 16, 2011 2:52 PM
Nampaknya kumpulan kambeng merah ini benar-benar serius untuk mengodam semua web kerajaan.
Post a Comment