SUARA BEBAS TUARAN

Kemiskinan Punca Utama Pemerdagangan Orang?


Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd berkata, kerajaan membelanjakan kira-kira RM350,000 untuk membiayai kos makan dan minum mangsa kes pemerdagangan orang.
Menurutnya, kerajaan turut membelanjakan RM180,000 untuk membeli peralatan keperluan seperti ubat gigi, sikat dan sabun untuk mangsa yang ditempatkan di enam rumah perlindungan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
  • Jelas beliau, purata setiap mangsa diperuntukkan RM17 sebagai kos makan dan minum sehari dan perkara itu adalah munasabah dari segi kemanusiaan.
  • Bagaimanapun, kata beliau, perbelanjaan itu dapat dijimatkan jika kes pendakwaan dan penghantaran pulang mangsa dipercepatkan.
  • Menurut Wan Hasmah punca utama kes pemerdagangan orang adalah kerana kemiskinan.
  • Semantara itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa isu pemerdagangan orang tidak memilih sama ada mangsa mereka wanita, lelaki mahupun kanak-kanak.
Menurut Ali Rustam, perkembangan ekonomi dan kemakmuran negara ini menjadi daya tarikan utama kepada ramai warga asing sehingga membuka peluang kepada aktiviti pemerdagangan orang.
“Kaum lelaki dijadikan buruh paksa manakala kanak-kanak dan bayi diperdagangkan untuk aktiviti minta sedekah atau dijadi sebagai anak angkat kepada pasangan yang tiada zuriat,” katanya.
Sumber: Agensi
11 comments:

Tidak berperikemanusiaan.


Those victims are under Malaysian government responsibility until they are sent back to their home country.


nampaknya negara kita ni terlalu bermurah hati, berbelas kasihan dan bertolak ansurlah dengan warga asing ni. sekarang, kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang besar untuk membiayai mereka.


Isu pemerdagangan orang ini semakin menjadi-jadi. Ia harus ditangani dengan serius.


Masyarakat perlu peka dengan jenayah2 yang sering berlaku sekarang dan sentiasa berhati-hati.


jenayah pemerdagangan orang sudah sering kali kita dengar. usaha untuk menanganinya perlu sentiasa dibuat.


pemerdagangan manusia adalah kegiatan yang tiada perikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.


Mungkin benar kata Datuk Ali Rustam ini. Tidak ada mustahilnya jika perkara ini berlaku.


apa halangan yang menyebabkan kes pendakwaan dan penghantaran pulang mangsa tidak boleh dipercepatkan??


Kekangan yang menyebabkan kes pendakwaan dan penghantaran pulang mangsa tidak dapat dipercepatkan harus dikaji bagi membolehkan hal ini ditanggani dengan baik.


Hal ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak dan pastikan ia dapat diselesaikan secepatnya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails