
Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata bahawa suatu keputusan yang tampak popular tidak semestinya menjadi satu tindakan terbaik untuk tempoh yang lebih jauh, dan untuk itu dalam mengurus ekonomi negara adalah penting “kita mengukur baju di badan sendiri.”Beliau berkata keputusan memotong dan menaikkan pendapatan layak dicukai, memberi subsidi secara pukul rata tanpa mengira keperluan kumpulan sasar contohnya, barangkali mendapat sambutan hangat bagi masa-masa yang tertentu, akan tetapi ia bakal mengundang masalah.
- “Hakikatnya, apabila hanya kurang dua juta daripada 12 juta pekerja membayar cukai, dua juta pembayar itu mensubsidikan majoriti yang tidak membayar cukai. Ini akan lebih memberikan cabaran terutamanya apabila perkhidmatan kesihatan dan pendidikan adalah relatifnya percuma.
- “Malaysia, bukanlah sebuah negara kuasa besar dunia yang mampu mencetak wang tanpa berasaskan kepada apa-apa sandaran atau fiat money,” katanya.
Beliau berkata kebergantungan kepada sumber asli seperti petroleum dan gas asli tidak akan kekal untuk selama-lamanya, malah rakyat patut bersyukurlah bahawa negara mempunyai syarikat petroleum nasional yang diuruskan dengan baik dan kerajaan berjaya memaksimum- kan manfaat yang diperoleh.- “ Akan tetapi, sumber ini semakin berkurangan. Ternyata, lebih banyak perbelanjaan modal terpaksa dikeluarkan untuk mencari sumber yang baru,” katanya.
- “Jadinya, kita harus insaf kepada apa yang mungkin melanda negara jika ekonomi tidak diurus dengan baik,” katanya.
Walau macam mana pun, menurut Najib dalam apa jua rupa tindak tanduk atau perdekatan yang diambil oleh kerajaan, ianya akan sentiasa bertanggungjawab,- Tidak cemerkap,
- Tidak terburu-buru
- Tidak mengejar populariti membawa rebah.



June 7, 2011 10:23 AM
Sebelum kita membuat keputusan, kita perlu fikir terlebih dahulu kesannya untuk jangka masa panjang. Kita tidak boleh mengharapkan semua keputusan dapat menyenangkan hati semua pihak tetapi seeloknya kita buat yang terbaik untuk kepentingan bersama.
June 7, 2011 10:40 AM
apapun, keputusan yang dibuat biarlah keputusan yang terbaik untuk negara dan rakyat.
June 7, 2011 10:55 AM
memang keputusan popular tidak semestinya keputusan yang baik. namun, setiap keputusan yang dibuat pastikan ianya mengambilkira kemampuan dan kepentingan rakyat.
June 7, 2011 11:13 AM
ada benarnya juga..apapun, biarlah tindakan kerajaan untuk menaikkan pelbagai jenis barang itu adalah terkawal dan masih pada paras kemampuan rakyat.
June 7, 2011 11:08 PM
Memang betul pun.Ukur baju di badan sendiri dan pastikan semua pihak selesa dengan hasilnya.
June 7, 2011 11:09 PM
Apapun paling penting dalam setiap keputusan yang mahu dibuat, dahulkukanlah rakyat ya:)
June 8, 2011 10:47 AM
Itu sudah pasti. Najib perlu tahu bagaimana untuk merancang sesuatu perkara.
June 8, 2011 12:31 PM
rakyat masih mengharapkan ada perubahan yang boleh memberi manafaat dan faedah yang baik untuk pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta bagi mengimbangi peningkatan kos hidup dengan kuasa beli..
June 10, 2011 10:39 AM
The government must listen to the people's voices before doing anything.
Post a Comment