
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM514 juta bagi membaik pulih 5,555 blok bangunan yang mengalami kerosakan teruk di 2,202 buah sekolah di seluruh negara. Blok bangunan itu yang membabitkan bilik darjah, rumah guru, pejabat dan asrama dikenal pasti berstatus rosak teruk oleh Jawatankuasa Audit Fizikal yang ditubuhkan di peringkat kementerian sejak awal tahun ini.Terdahulu itu, beliau melawat sekolah di kawasan Parlimen Batu Sapi yang mempunyai masalah kerosakan teruk iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2, SK Pulau Shanghai, SK Pulau Timbang, SK Terusan Sapi dan SK Kampung Baru.



June 6, 2011 10:29 AM
Harap2 objektif projek ni berjaya
June 6, 2011 11:29 AM
harap-harap peruntukan ini digunakan sebaiknya agar bangunan2 sekolah yang rosak dapat diperbaiki dengan segera dan pelajar-pelajar sekolah selesa untuk belajar.
June 6, 2011 11:32 AM
berilah kerja-kerja pembaikpulihan tersebut kepada kontraktor yang bertanggungjawab dan dapat menjalankan tugas dengan cekap.
June 6, 2011 11:53 AM
gunakan peruntukan tersebut dgn sebaiknya untuk membangunkan sekolah2 kita.
June 6, 2011 2:23 PM
baguslah...pastikan peruntukan tersebut digunakan dengan sebaiknya.
June 6, 2011 6:57 PM
diharap peruntukkan tersebut tidak diseleweng oleh pihak2 tidka bertanggungjawab..pemantauan harus dilakukan..
June 6, 2011 10:57 PM
kalau peruntukan yang diberikan digunakan untuk tujuan yang betul, rasanya ia pasti membawa kebaikan pada ramai pihak :)
June 6, 2011 10:58 PM
Semoga semua berjalan dengan baik dan pemantauan harus dilakukan bagi mengelakan sebarang masalah lain timbul.
June 7, 2011 3:16 PM
satu tindakkan yang bagus dan tidak mensia-siakan duit rakyat. Pembaik pulih ini diharapkan dapat dilakukan secepat mungkin dan berjalan dengan lancar.
June 8, 2011 8:08 AM
saya harap projek ini diberikan kepada kontraktor yang benar2 mengutamakan kualiti pembinaan, bukannya keuntungan.
June 10, 2011 10:42 AM
Hope that the allocations can help improve the schools in Sabah.
Post a Comment