SUARA BEBAS TUARAN

Kini Laman UiTM Pulau Pinang Pula Digodam

Labels:

Laman web Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) kampus cawangan Pulau Pinang digodam pagi ini. Ia dilakukan oleh defacer yang sebelum ini telah mengodam 34 domain UiTM iaitu Syam92x dari h3x4 crew.
Laman utama ( homepage ) http://penang.uitm.my telah bertukar kepada ucapan ulang tahun ke 15 selain turut dimuatkan dengan lagu ucapan selamat hari jadi menggunakan suara latar watak Upin dan Ipin.
  • Agak melucukan juga kerana tindakan deface kali ini siap mempunyai ucapan terima kasih kepada seorang yang bernama Wan Anishah yang dipercayai pensyarah di UiTM cawangan tersebut kerana memberikan gred A untuk sebuah subjek kepada defacer berkenaan.
  • UiTM Pulau Pinang dijadual mengadakan sambutan penubuhannya pada hari ini dan esok.
Antara komen dalam laman web http://penang.uitm.edu.my/ ialah;
  • Happy Birthday UiTM Penang ke 15
  • sempena 15 thun, page ini sebagai hadiah
  • :p
  • BTW, pn wan anishah krn bgi dpt A dlm kos csc
  • harap kite jmpe lgi pada thun hadapan
  • byeeee…
  • Syam92x sebelum dilaporkan laman web Kenahack.com sebagai bertanggungjawab menggodam puluhan domain UiTM. Laman Kenahack.com menggelarkan Syam92x sebagai peminat laman Uitm Negara.
  • Serangan ke atas laman UiTM Pulau Pinang ini dipercayai kali kedua dilakukan oleh defacer yang sama. Selain itu, laman UiTM Kedah dan Sabah juga pernah menjadi mangsa.
Semalam, Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (http://politeknik.gov.my/) turut menjadi mangsa godam. Selain itu, laman web rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM.edu.my) turut digodam.
Terbaru, laman Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut merasai gelombang godam yang sedang hangat berlaku kini.
Sumber: Agensi
8 comments:

Padah bila menyalahgunakan teknologi. Individu2 ini bukan saja membuat kacau tetapi telah menyusahkan pelbagai pihak.


Harap masalah ini segera diselesaikan.


Penggodam ni rakyat Malaysia sendiri. pasti dapat dikesan..


harap masalah ini akan dapat diatasi dengan segera...


Dilakukan oleh orang yang sama?


Pastikan masalah ini akan dapat ditangani. Pasti pegodam itu bukan orang asing.


mungkin pensyarah Wan Anishah tahu siapa salah seorang dari mereka.. bagi saja maklumat itu kepada pihak berkuasa..


makin byk dah yg kena godam ni.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails