
Dalam konsert ke 9, AF9 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil malam tadi, Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Abu Samah gagal ke peringkat akhir apabila tersingkir kerana mendapat undian yang paling rendah.Pelajar AF9 yang akan beraksi di peringkat akhir minggu depan ialah Lena, Azri, Hazama dan Fina yang mendapat imuniti dan tidak perlu mengadakan persembahan pada konsert malam tadi.
Saperti biasa kita ucapkan tahniah kepada Lena yang berjaya menempatkan diri ke final AF9. Cuma 4 orang akan beraksi di Final iaitu Fina, Hazama, Azri dan Lena sendiri. 2 laki 2 wanita.
Dalam pada itu, Konsert akhir Akademi Fantasia Kesembilan (AF9) akan berlangsung secara terbuka dan percuma kepada semua di Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya pada Ahad 12 Jun depan.- Penerbit Eksekutif AF9, Irwan Rauf berkata, Putrajaya merupakan lokasi yang sesuai memandangkan konsert akhir bertemakan karnival bagi melabuhkan tirai program realiti AF yang sudah bersiaran selama sembilan tahun di negara ini.
- “Pentas akan dibuat di tengah-tengah pekarangan Perbadanan Putrajaya. Bangunan-bangunan sekeliling lokasi konsert tersebut dapat memberikan panorama malam yang cantik bagi melengkapi konsert berkenaan.
- “Seperti biasa setiap finalis akan mempersembahkan dua buah lagu iaitu sebuah lagu baru dan sebuah lagu lama. Juara AF9 bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 sementara hadiah bagi Naib Juara dan pemenang di tempat ketiga akan diumumkan semasa konsert,” katanya.
Sumber: Agensi



June 6, 2011 8:55 AM
Juara sudah ditentukan. Gimik semata-mata.
June 6, 2011 10:32 AM
congrats smpi ke final.
June 6, 2011 11:10 AM
harap Lena membuat persembahan terbaik di peringkat final. all the best!
June 6, 2011 2:11 PM
semoga Lena berjaya menjadi juara.
June 6, 2011 2:34 PM
tahniah kepada Lena. harap beliau akan berjaya nanti.
June 6, 2011 10:44 PM
Taniah sampai ke final. Harap Lena dapat buat yang terbaik.
June 7, 2011 3:23 PM
Lena buat yang terbaik sebagai wakil dari Sabah..
June 7, 2011 10:46 PM
Congrats. Hopefully Lena will take home the first price.
June 10, 2011 10:40 AM
All the best to Lena. Win this for Sabah!
Post a Comment