SUARA BEBAS TUARAN

Pemimpin UMNO Bermasaalah Perlu Di Ambil Tindakan Drastik?

Labels: ,

Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin sanggup digugurkan sebagai calun dalam PRU13 akan datang kira nya beliau dianggap sebagai dalang dan pemimpin bermasaalah dalam parti UMNO
“Jika pada perkiraan pucuk pimpinan parti saya juga akan tergolong daripada pemimpin yang bermasalah dan membawa masalah kepada parti saya bersedia menerima dengan hati yang terbuka serta dengan keikhlasan menerima apa sahaja tindakan yang diambil oleh parti kepada saya,” ujarnya.
Ini katanya, termasuk menggugurkan beliau dengan tidak mencalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang.
  • Umno perlu mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin yang bermasalah dan membawa masalah kepada parti itu yang boleh menjejaskan tumpuan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
  • Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata ini kerana ada beberapa pemimpin di semua peringkat yang membawa masalah kepada Umno sehingga ada kalanya boleh merosakkan imej dan perpaduan dalam parti itu sendiri.
  • “Saya mencadangkan kepada pucuk pimpinan khususnya Presiden dan Timbalan Presiden Umno supaya mengambil tindakan secara drastik kepada pemimpin yang bermasalah kepada parti sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.
  • “Ini kerana jika pemimpin yang bermasalah ini masih ada lagi dalam parti maka ketika menghadapi parti pembangkang pada PRU ke-13 ini, mereka ini juga akan menjadi musuh dalam selimut,” katanya.
Menurut Lajim, ianya juga akan menimbulkan masalah kepada parti dan pemimpin tertinggi parti sehingga boleh menjejaskan tumpuan kepada strategi parti untuk memenangi PRU ke-13.
Sumber: Agensi
18 comments:

pemimpin yang bermasalah memang patut diambil tindakan drastik sebab ia akan mempengaruhi imej dan perjuangan sesuatu parti tersebut.


Jangan biar satu titik nila merosakkan susu sebelaga.


Setuju! Sangat2 setuju.....Pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan baik, harus dikenakan tindakan yang drastik.


Jika anda ingin menjadi pemimpin seharusnya ciri2 pemimpin itu telah diterapkan dalam diri anda...


Digugurkan atau tidak tidak menjadi masalah...jika performance bagus, tiada sebab mengapa perlu digugurkan...tapi kalau performance sedang2 saja...sedia2 la ok hehehe...


Memang patut di ambil tindakan drastik. Nanti dibiar, makin melarat pula. Nila setitik, rosak susu sebelanga.


Lagipun macam mana nak jadi pemimpin kalau bermasalah (sikap)? Nama pun pemimpin. Kerjanya memimpin rakyat. Diri sendiri tidak terpimpin, inikan pula nak memimpin orang lain? Renung2 kan.


Nasihatlah mereka yang bermasalah. Kerana mereka ini boleh memberikan kesan yang buruk kepada parti.


setuju, pemimpin yang bermasalah perlu dikenakan tindakan yang drastik.


pemimpin yang bermasalah jika dibiarkan hanya akan membawa kerugian kepada parti.


mana2 wakil rakyat Bn yang membawa masalah, tidak cemerlang, lupa diri dsbgnya di mana tidak memanfaatkan rakyat harus digugurkan dan tidak dicalonkan semula selamanya..


rakyat tidak perlukan pemimpin yang hanya pentingkan agenda peribadi..


Mana2 pemimpin yang bermasalah mmg patut dikenakan tindakan. Paling bagus kalau rakyat tak sokong pemimpin mcm ni.


Apapun, terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri.


tapi kadang2 pemimpin yang bermasalah itulah yang sering mendapat advantage dari pucuk pimpinan. entah betul atau hanya mainan media, tapi yang pasti jarang sekali pemimpin yang bermasalah dikenakan tindakan.


Pemimpin perlulah membetulkan masalah peribadi mereka. Sebagai seorang pemimpin perlu menjadi contoh kepada ahli lain dalam parti. Semoga UMNO akan menangani perkara ini sebaiknya.


jika pemimpin itu sering bermasalah, ambil tindakan padanya. jgn biarkan dia menjejaskan parti.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails