SUARA BEBAS TUARAN

Penduduk Kg Tambatuon Rela Mati Daripada Jadi Pelarian?


Baru-baru ini, satu sessi perbincangan ringkas dkalangan sebilangan penduduk kg Tambatuon, daerah Kota Belud telah diadakan di rumah Mantan Ketua Kampung, Singkui bin Tinggi. Menurut sumber, majlis tersebut bertujuan untuk membuat satu ketetapan bahawa mereka rela mati di atas tanah tumpah darah sendiri daripada mati sebagai pelarian di atas tanah orang lain.
Dalam ertikata yang lain, mereka sanggup berjuang habis-habisan dari membiarkan kerajaan meneruskan rancangan membina empangan(foto kawasan yang terlibat) yang diwar-warkan di kawasan perkampungan mereka.
  • Dalam sessi tersebut penduduk kampung telah menyempurnakan Satu upacara penyelenggaraan serta penyimenan batu sumpah di Kampung Tambatuon sebagai tanda perjanjian diantara kerajaan British serta penduduk kampung sebagai suatu jaminan bahawa kampung Tambatuon tidak akan diganggu selama- lamanya
  • Turut hadir dalam majlis tersebut ada lah Ketua Bahagian SAPP Kawasan N7 Kadamaian, Puan Agnes Liewpin serta rombongan daripada Pemuda Pusat SAPP. Agnes memberi jaminan kepada penduduk yang hadir bahawa beliau dan semua pemimpin SAPP akan berganding bahu berjuang bersama-sama penduduk Kota Belud, terutama sekali Kampung Tambatuon agar kerajaan tidak meneruskan rancangan pembinaan mega projek ini, termasuklah mohon kebenaran membuat kajian atas tanah Kampung Tambatuon.
  • Agnes sekali lagi mengesa agar kerajaan negeri akan mencari alternatif untuk pembinaan empangan ini seperti di Kg Pungitan, Wariu ataupun Sorob yang tidak melibatkan dan menjejaskan ramai penduduk.
Dalam isu yang sama, Ahli Parlimen Kota Belud YB Dato' Abdul Rahman Dahlan baru-baru ini telah menyatakan bahawa objektif asas membina Empangan ini antara lain ada lah;
1) Menjadi sumber bekalan air kekawasan jelapang padi daerah Kota Belud
2) Digunakan untuk menjana kuasa hidro pada masa depan.
3) Dengan jumlah air yang banyak di takungan empangan itu, sebahagiannya boleh digunakan untuk menyediakan bekalan air terawat bagi kegunaan penduduk.
4) Empangan berkenaan boleh menjadi tarikan pelancong dan dengan sendirinya membantu sektor pelancongan Kota Belud. Tasik buatan itu akan menarik kunjungan pengunjung dan membolehkan aktiviti seperti memancing serta perkhemahan dijalankan.
  • Menurut Rahman selanjut nya, apabila rancangan untuk menukar Kota Belud menjadi Jelapang Padi dikemukakan oleh kerajaan, Pegawai Daerah, agensi berkenaan dan wakil rakyat tempatan termasuk beliau, mengadakan banyak mesyuarat bagi membincangkan rancangan itu secara terperinci. Jawatan Kuasa tersebut telah mengundang perunding untuk member taklimat khusus mengenai cadangan kerajaan membina empangan tersebut. Dikatakan, Ketua Kampung Tambatuon dan Pengerusi JKKK turut menghadiri mesyuarat tersebut.
  • Selepas berbincang panjang, pihak perunding menamakan Kampung Tambatuon sebagai lokasi dengan kesan kemusnahan paling minimum terhadap alam sekitar dan penduduk setempat. Walaupun pihak perunding membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatian teknikal, pada awal nya wakil rakyat setempat melahirkan kebimbangan terhadap kesannya kepada penduduk dan alam sekitar. Justeru perunding diminta membuat kajian mendalam bagi menentukan sama ada Kampung Tambatuon benar-benar sesuai atau sebaliknya. Kajian ini memerlukan pihak perunding turun padang ke Kampung Tambatuon.
  • Di sinilah punca segala-galanya tergendala buat masa ini. Walaupun sudah diberi jaminan kerajaan hanya akan meneruskan pembinaan jika kesan alam sekitar dan kajian kependudukan menunjukkan hasil positif, penduduk kampung tetap enggan membenarkan kumpulan perunding masuk ke kampung mereka menjalankan kajian.
kata Rahman, Kerajaan sudah berulang kali menegaskan projek itu masih di peringkat awal dan Kampung Tambatuon hanya akan dipilih jika Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan kajian kependudukan menghasilkan keputusan positif. Malangnya, penduduk terlalu cepat membuat kesimpulan untuk menolak cadangan empangan tersebut.
Sumber: SK, Agensi, DARD blog
12 comments:

Semangat anak-anak muda Tambatuon memang patut dicontohi. Harap kerajaan akan mendengar suara hati penduduk Tambatuon.


Hopefully a win-win situation can be achieved. Government should be concerned with the villagers sensitivity. Meanwhile, the villagers should be more open and optimist.


Sememangnya empangan tambatuon ini satu projek yang baik. tapi apa yang berlaku sekarang adalah kerisauan akan keselamatan penduduk dikawasan tersebut. Maka itu sebab bantahan berlaku. Sekirannya empangan ini dibina bagaimana dengan penduduk kawasan tersebut??


Harap masalah ini menemui jalan penyelesaiannya.


nampaknya penduduk Kampung Tambatuon membantah keras projek empangan tersebut. tidak ada jalan lain lagi untuk meyakinkan para penduduk untuk menerima rancangan itu. harap ia tidak dilaksanakan.


nampaknya penduduk KG tambatuan benar2 membantah projek tersebut, mereka rela mati demi mempertahankan tanah mereka. harap kerajaan mempertimbangkan hal ini.


jika kajian yang dilakukan itu boleh menemukan alternatif lain tanpa menjejaskan kepentingan penduduk sekitar, mungkin penduduk boleh benarkan. tetapi jika sekadar untuk mengenalpasti sesuai atau tidak, baik tidak payah buat kajian.. sesuai atau tidak penduduk tetap akan membantah..

pemimpin kerajaan patut berhenti menyalahkan rakyat atas keengganan rakyat menerima cadangan pihak kerajaan..


penduduk kampung telah menegaskan bahawa mereka tidak mahu projek berkenaan dilakukan di kawasan mereka..retenb


ini kerana mereka telah menganggap projek tersebut mencabuli hak mereka selaku penduduk asal kampung tersebut..oleh itu, bagi mereka adalah wajar mempertahankan tanah mereka..


namun, diharapkan isu ini dapat diselesaikan dan tidka dipolitikkan kerana penduduk mahu penyelesaian dan bukannya dijadikan sebagai alat politik pihak2 tertentu.


diharapkan suara penduduk kampung akan didengari oleh pihak kerajaan..


banyak pekara perlu dipertimbangkan. yang penting kepentingan rakyat perlu dijaga dengan sebaiknya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails