
sessi Perhimpunan pelancaran BERSEH 2.0 di Chinese Assemble Hall Kuala Lumpur
Di lapurkan bahawa himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan berikutan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan pemerintah mengadakan pilihan raya secara telus dan adil.Menurut sumber, antara NGO yang hadir adalah, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT), Lawyers for Libelity, Kelab Menteri Besar Selangor, IKRAM, GAMIS, CIJ, TENAGANITA, Mahasiswa UNISEL dan banyak lagi.
- Antara empat tuntutan yang masih belum dipertimbangkan adalah bersihkan senarai pengundi, merefomasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil.
- Sempena himpunan BERSIH kali kedua ini, dua lagi tuntutan ditambah iaitu, tempoh pilihan raya 21 hari dan memulihkan kreadibiliti agensi kerajaan.
- Gabungan BERSIH 2.0 berpendapat demokrasi yang telus seharusnya melalui pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.
- BERSIH 2.0 juga akan mengadakan siri jelajah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu- isu pengubahan sempadan pilihan raya dan lapan tuntutan BERSIH 2.0.
- BERSIH 2.0 juga menyambut baik tindakan Pemuda UMNO yang turut berhasrat mahu mengadakan perhimpunan aman dan menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya.
- BERSIH 2.0 juga menganggap tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tanda bahawa himpunan BERSIH 2.0 efektif dalam mempromosikan demokrasi yang dinamik dan membawa tekanan yang kuat kepada SPR untuk reformasi pilihan raya.
Penganjur himpunan ini juga cuba meyakinkan pihak polis dan pihak- pihak lain bahawa BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat yang aman dan sentiasa akan berkerjasama dengan polis.Siri jelajah itu dijangka akan diadakan di Shah Alam, Kuala Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Seberang Perai, dan Perak. Satu sesi telah pun diadakan di Kelantan pada Sabtu lepas.



June 22, 2011 9:07 AM
Jika motif BERSIH 2.0 ini benar2 bersih, semoga ia berjaya dan berjalan dengan aman.
June 22, 2011 9:12 AM
Kalau tak nak BERSIH 2.0 diadakan, pihak SPR perlu memberi respon yang positif dalam masa yang terdekat ini.
June 22, 2011 9:26 AM
Adakah himpunan tu nanti benar gerakan aman..
June 22, 2011 9:36 AM
Teruskan perjuangan demi demonkrasi.
June 22, 2011 1:21 PM
perhimpunan ini dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan dan kekecohan..
June 22, 2011 1:38 PM
Percayalah perhimpunan ini hanya akan mengundang maslah baru.
June 22, 2011 1:39 PM
Jika masih boleh berbincang silalah berbuat demikian.
June 22, 2011 1:42 PM
perhimpunan Bersih ni mendapat sokongan yang kuat. harap-harap matlamat utama perhimpunan ini diadakan dapat dicapai dan kekecohan tidak akan berlaku.
June 22, 2011 4:20 PM
semua penganjur perhimpunan samada dipihak Bersih, Perkasa mahupun pemuda umno, perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap orang awam mahupun harta benda awam..
June 23, 2011 9:51 AM
mereka ingin menuntut pilihanraya yang bersih, tapi mereka buktikan bahawa pilihanraya selama ini tidak bersih? perhimpunan ini hnya boleh membawa kekecohan dan mengganggu ketenteraman awam.
June 23, 2011 9:52 AM
BERSIH tetap diterusan? Rakyat nampaknya tidak suka dengan perhimpunan ini. Menganggu ketenteraman awam saja.
Post a Comment