SUARA BEBAS TUARAN

Persekutuan Peruntuk RM85 Juta Program 1Azam Di Sabah?

Labels:

Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM85 juta untuk program 1Azam untuk tahun ini yang menyasarkan 8,500 ketua isi rumah (KIR) untuk mencapai matlamat 1projek 1orang. Kerajaan Sabah juga sentiasa mengambil serius perkara ini dan sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk menangani masalah miskin tegar terutamanya di kawasan luar bandar.
“Terdapat 45,349 KIR yang masih memerlukan bantuan dan seramai 4131 orang daripada mereka adalah dalam kategori miskin tegar, dan amat memerlukan bantuan segera untuk keluar daripada kepompong kemiskinan,” kata Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi Malaysia, Tan Sri Bernard Dompok.
  • Dompok yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata program ini diperkenalkan bagi meningkatkan pendapatan dan mengatasi masalah kemiskinan dan telah berdaftar dengan e-Kasih melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek ekonomi yang mampu memberi peluang untuk menambah hasil pendapatan sehingga mampu mencapai dan seterusnya melepasi garis kemiskinan, iaitu RM540 bagi kategori miskin tegar manakala RM960 bagi kategori miskin.
  • Menurut Dompok, program ini boleh disifatkan sebagai usaha untuk para peserta untuk “akhiri zaman miskin”.
Selanjut menurut Dompok, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperkenalkan empat jenis program bertujuan untuk memberi peluang dan membuka jalan kepada rakyat menambah pendapatan mereka. Azam tersebut iaitu;
  1. Azam Tani,
  2. Azam Kerja,
  3. Azam Niaga,
  4. Azam Khidmat
Beliau juga menambah, pelaksanaan program ini telah bermula sejak tahun 2010 lagi dengan jumlah peruntukkan RM40 juta, dan menyasarkan seramai 4983 KIR setakat ini, dan terdapat sebanyak 11 jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat menjayakan program ini antaranya ialah, Jabatan Pertanian, Ko-Nelayan dan KPD yang membangunkan projek penternakan lebah madu, cendawan shitake, limau pamelo serta ayam kampung.
Sumber: NST
11 comments:

Harap kerajaan persekutuan berhati ikhlas untuk membantu rakyat Sabah.


Semoga program ini berjaya dan lebih banyak bantuan berjaya diberikan kepada mereka yang memerlukan.


Isu e-kasih yang dikritik baru2 ini perlu dijadikan iktibar. Semoga tiada pemohon yang tercicir untuk program 1Azam ini.


baguslah jika kerajaan persekutuan memperuntukkan RM85 juta untuk program 1Azam di Sabah.


harap Sabah akan terus diberikan perhatian oleh kerajaan persekutuan untuk dibangunkan.


semoga rakyat yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar akan dapat keluar dari belenggu kemiskinan mereka.


Harap program 1Azam ini mengenai sasaran.


85 juta untuk 8500 ketua isirumah.. bermakna 1 ketua isi rumah mendapat 100 ribu.. wauu


peruntukan ini harus digunakan dgn sebaiknya untuk membantu rkyat.


Peruntukkan itu pastikan digunakan sebaiknya untuk membantu mereka yang memerlukan.


Program kerajaan sememangnya semua baik2 belaka..cuma kadang kala ketika berada pada tahap implementasi, wujud beberapa kelemahan yg membuatkan program tersebut tidak begitu berkesan...tumpuan yang lebih harus diberikan apabila berada di tahap ini...


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails