
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail(gambar kanan) yang juga Ketua Umno Bahagian Papar mendakwa adalah mengecewakan apabila ada projek-projek pembangunan tertentu yang dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, di bawah Datuk Shafie Apdal disekat.Menurutnya, Sabah yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di negara ini benar-benar memerlukan bantuan seperti itu daripada Kerajaan Persekutuan.
- “Niat murni Shafie untuk pergi ke setiap pelusuk negeri ini atas kapasitinya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk melihat bagaimana hendak menyalurkan bantuan daripada Persekutuan telah menerima reaksi negatif daripada pihak-pihak tertentu,” dakwa Abdul Rahim.
Walau macam mana pun, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman kelmarin menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menyekat peruntukan pembangunan yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada negeri ini.Katanya, kerajaan negeri di bawa pimpinan beliau tidak pernah menghalang apa juga peruntukan diberikan oleh kerajaan pusat untuk kepentingan pembangunan di negeri ini.



June 7, 2011 10:48 AM
kerajaan negeri takkan menyekat peruntukan dari persekutuan, kenapa harus mereka sekat? ini kan untuk pembangunan negeri Sabah.
June 7, 2011 10:59 AM
kepada mana-mana pihak, lebih baik fokus kepada isu lain yang lebih memberikan manfaat kepada rakyat Sabah secara keseluruhannya.
June 7, 2011 11:00 AM
tidak perlulah memperbesarkan isu yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat.
June 7, 2011 11:18 AM
patutlah Sabah memegang gelaran negeri termiskin di Malaysia.
June 7, 2011 2:48 PM
peruntukan kena dgunakan dgn baik, tak pelru ada sekatan, ia adalah untuk pembangunan rakyat juga.
June 7, 2011 4:43 PM
projek2 pembangunan seperti apa? harus diperjelaskan agar rakyat faham dengan apa yang cuba disampaikan..
June 7, 2011 4:44 PM
mengapa pula kerajaan negeri perlu menyekat projek2 pembangunan di sabah? bukankah ianya baik untuk rakyat dan BN?
June 7, 2011 4:46 PM
untuk memahami keperluan rakyat, seseorang pemimpin/wakil rakyat harus turun padang untuk melihat sendiri..seharusnya sikap turun padang ini dilihat secara positif..
June 7, 2011 4:47 PM
diharap isu ini akan diperjelaskan dan selesai..jika dipanjangkan hanya merugikan..
June 7, 2011 11:05 PM
Ada2 saja. Takkanlah kerajaan Negeri senang2 saja nak sekat.
June 7, 2011 11:06 PM
Jadi fokuslah pada hal yang lebih penting dan bukannya asyik nak memperbesarkan sesuatu hal yang memang tak patut diperbesarkan pun.
June 8, 2011 10:53 AM
Itu sungguh mustahil kerajaan negeri meyekat apa-apa peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan pusat. Mungkin ada pihak hanya saja-saja menjadikan ini isu untuk membuat UMNO bermasalah.
June 8, 2011 10:59 AM
jangan kita percaya dengan satu maklumat saja. benar atau tidak kita sendiri pun tidak tahu. Jadi harapan kita, apa masalah yang dihadapi perlulah dibincangkan sebaiknya.
June 8, 2011 12:35 PM
jadi siapa sebenarnya pihak2 tertentu yang dimaksudkan oleh Datuk Abdul Rahim jika Ketua Menteri sendiri menafikan kenyataan beliau..
June 10, 2011 10:38 AM
Someone should step up and explain about this. Why does the allocations from the federal restricted?
Post a Comment