
Baru-baru ini, pehak polis telah menahan seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di ibu negara, dalam dua serbuan, baru-baru ini.Anggota polis berpangkat inspektor, pegawai dan konstabel, berusia lingku-ngan 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemantauan berdasarkan maklumat diperoleh.
- "Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya.
- Bagaimanapun katanya, sehingga kini tidak ada sebarang rampasan dadah dibuat.Noor Rashid berkata penangkapan mereka juga membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terlibat dengan jenayah. "Pegangan saya adalah undang-undang ini sama sahaja tidak kira anggota polis tak mengira siapa sahaja, siapa yang langgar undang-undang kita akan ambil tindakan tegas," katanya.
Noor Rashid turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian berulang."Ia perlu dibuat supaya tindakan dari awal boleh dibuat sekiranya mereka ini terlibat dengan sebarang kes jenayah," katanya.



June 22, 2011 9:10 AM
Harapkan pagar, pagar makan padi. Kesalahan mereka memburukkan imej PDRM.
June 22, 2011 9:14 AM
Pihak polis kena tingkatkan prestasi dan sentiasa memantau kegiatan anggota2 mereka untuk menggelakkan perkara sebegini terjadi lagi.
June 22, 2011 9:37 AM
Berusahalah memberkas pengedar dadah dalam negara.
June 22, 2011 1:17 PM
hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap pegawai polis yang terbabit dengan kegiatan jenayah.
June 22, 2011 1:34 PM
tak sangka pegawai polis pun terlibat dalam pengedaran dadah. senang-senangnya mereka salahgunakan kuasa. nasib kegiatan mereka dapat dikesan.
June 22, 2011 1:37 PM
rasanya pegawai-pegawai polis ni boleh dipecat terus dari jawatan mereka. harap ia menjadi pengajaran kepada anggota-anggota polis yang lain.
June 22, 2011 1:41 PM
Sunguh memalukan. Segera kenakan tindakan dan pecat dari jawatan.
June 22, 2011 1:42 PM
Seharusnya seorang polis tidak melakukan perkara seperti ini.
June 22, 2011 4:16 PM
bagaimana dengan laporan orang awam atau media sebelum ini yang mendedahkan salahguna kuasa dikalangan anggota polis? sering saya terbaca kononnya ada anggota polis yang melindungi sindeket..
June 23, 2011 9:01 AM
anggota seperti inilah yang mencemarkan nama baik PDRM
June 23, 2011 9:51 AM
Baguslah kalau begitu. Harap ini bukan hangat-hangat tahi ayam saja. buat dengan tegas dan jujur.
Post a Comment