
KERAJAAN Persekutuan, melalui pelaburan modal, telah memainkan peranan penting dalam peningkatan infrastruktur bekalan tenaga di Sabah bagi memenuthi permintaan tenaga di Sabah diunjurkan meningkat 8 peratus antara 2010 dan 2015.Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kenyataan Khamis berkata sejak 10 tahun lepas, kerajaan telah menyalurkan RM1.849 bilion bagi menambah baik infrastruktur bekalan tenaga seluruh Sabah.
Menurut SESB, RM727.87 juta diperuntukkan kepada negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Kelapan antara 2000 dan 2005 manakala RM800.2 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.- "Kerajaan juga melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, memperuntukkan RM186.9 juta kepada SESB di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi," katanya dalam kenyataan itu.
Kerajaan juga menyediakan RM2.06 bilion sebagai subsidi bahan api kepada loji janakuasa antara 2004 dan 2010.- SESB berkata sebanyak 382 projek dilaksanakan seluruh Sabah sekarang ini dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2012.
- "Penyiapan projek ini (penambahbaikan infrastruktur) juga akan memberi kesan positif terhadap situasi bekalan tenaga di Sabah dan menjadikan gangguan berkurangan kepada pelanggan.
- "Dengan peningkatan dalam teknologi dan pengetahuan teknikal yang mendalam oleh SESB, syarikat yakin bekalan tenaga kepada pelanggan di Sabah akan bertambah baik dengan hebat pada tahun mendatang," kata SESB.
SESB telah melaksanakan banyak projek strategik yang menyaksikan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem atau SAIDI meningkat dengan ketara di Sabah kepada 687 minit setiap pelanggan pada 2010 daripada 2,867 minit setiap pelanggan pada 2009. Sehingga 6 Jun, 2011, indeks bagi Sabah ialah 216.9 minit setiap pelanggan, kata kenyataan itu lagi.


June 11, 2011 9:31 AM
Hope that it will help improve the electricity infrastructures in Sabah.
June 11, 2011 9:41 AM
harp tiada lagi masalah gangguan elektrik yang serius berlaku d Sabah.
June 11, 2011 9:48 AM
harap dengan peruntukan yang begitu banyak, kualiti perkhidmatan elektrik akan dapat dipertingkatkan.
June 11, 2011 10:13 AM
semoga infrastruktur bekalan tenaga di Sabah akan menjadi semakin baik dengan adanya peruntukan dari kerajaan.
June 11, 2011 10:25 AM
peruntukkan bukan main banyak, tapi sampai sekarang masalah elektrik masih menjadi antara masalah yang sangat memerlukan perhatian di negeri ini. anyway, good luck for SESB and hopefully we will be able to see a big improvement this year..
June 11, 2011 10:43 PM
Harap peruntukan yang disediakan dapat memperbaiki kelemahan perkhidmatan elektrik di Sabah.
June 11, 2011 10:45 PM
Sudah lama berlalu, tapi masih juga ada masalah elektrik yang berlaku walaupun ada penambahbaikkan.
June 11, 2011 10:46 PM
Semoga lepas ini tidak ada lagi masalah elektrik timbul.
June 12, 2011 12:26 PM
Hopefully there will be a quality improvement in the electricity service.
June 12, 2011 4:09 PM
dengan peruntukkan yang besar seperti ini seharusnya tiada masalah yang timbul..
June 12, 2011 4:10 PM
diharapkan projek menaiktaraf elektrik di sabah berjalan lancar dan siap mengikut jadual..
June 12, 2011 4:11 PM
juga diharapkan selepas dinaiktaraf tiada lagi gangguan elektrik..
June 12, 2011 4:12 PM
diharap juga tarif elektrik di sabah tidak akan dinaikkan.
June 14, 2011 11:37 AM
Semoga perlaksanaan ini akan dapat menangani masalah bekalan elektrik yang sering terganggu di Sabah.
June 16, 2011 8:52 AM
Harap elektrik di Sabah dapat dinaik taraf untuk kemudahan rakyat.
Post a Comment