
Pengguna bakal menerima kesan kenaikan harga pelbagai barangan di pasaran susulan langkah kerajaan memansuhkan subsidi diesel super berkuat kuasa 1 Jun lepas. Berikutan kenaikan itu, Persatuan Lori-lori Pengangkutan Sarawak akan menyerap kenaikan kos operasi perniagaan mereka dengan mengenakan caj tambahan antara 20 hingga 30 peratus.- Presidennya, Jong Foh Jit berkata pihaknya tidak mempunyai pilihan lain apabila perlu membayar diesel RM1.80 seliter berbanding RM1.48 sebelum ini.
- Malah, kos operasi membabitkan persatuan yang mempunyai keahlian kira-kira 400 syarikat itu turut meningkat setelah pelbagai alat ganti kenderaan seperti bateri dan tayar naik harga sebelum ini.
“Pada akhirnya tindakan kerajaan menghapuskan subsidi akan diterima kesannya oleh orang ramai kerana barang-barang lain juga akan naik harga selepas ini,” katanya semalam, ketika dihubungi bagi mengesahkan kenaikan kos pengangkutan yang pernah diumumkan beliau sebelum ini.- Kerajaan menghapuskan subsidi diesel super yang dinikmati lori komersial kerana beranggapan hanya kenderaan individu dan kenderaan berkepentingan orang ramai sahaja wajar menikmati kemudahan itu.
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini bermakna lori komersial perlu membayar RM1.80 seliter diesel berbanding RM1.48 semasa menikmati subsidi diesel super.
Jong yang juga Presiden Persatuan Pemilik Lori Se-Malaysia berkata, beberapa syarikat lori pengangkutan telah memeterai perjanjian dengan pelanggan dan mengenakan caj berdasarkan harga lama bahan api. Katanya, ini sudah pasti akan menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian.“Kerajaan sewajarnya mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit agar tidak mendatangkan kerugian terhadap syarikat-syarikat yang baru menandatangani perjanjian,” katanya.



June 6, 2011 10:31 AM
Harap2 kenaikan harga ini dikawal oleh kerajaan.
June 6, 2011 11:20 AM
rasanya seluruh negara mengalami kenaikan harga barang. kerajaan perlu kawal kenaikan barang-barang lain yang diakibatkan oleh kesan rantaian kenaikan harga minyak.
June 6, 2011 11:38 AM
rasanya seluruh negara mengalami kenaikan harga barang. kerajaan perlu kawal kenaikan barang-barang lain yang diakibatkan oleh kesan rantaian kenaikan harga minyak.
June 6, 2011 2:09 PM
kenaikan satu barangan mmg akan memberi impak kepada harga barangan lain.
June 6, 2011 2:32 PM
kerajaan perlu mencari jalan bagi mengawal kenaikan harga barangan.
June 6, 2011 10:48 PM
Memang bikin tension oo kalau harga barang naik. huhuu
June 6, 2011 10:48 PM
Semoga kerajaan dapat melakukan sesuatu terhadap hal ini bagi mengurangkan bebanan rakyat.
June 7, 2011 3:18 PM
Rasanya bukan sarawak saja yang dilanda fenomena ini, semua negeri di Malaysia akan menghadapinya.
June 8, 2011 8:18 AM
jangan pula syarikat2 ini mengambil kesempatan dengan kenaikkan harga Diesel. bukannya semua barang itu diangkut satu persatu..
June 10, 2011 10:41 AM
The whole country is facing increase of goods prices.
Post a Comment