SUARA BEBAS TUARAN

Tanam Getah Di Hutan Simpan Negeri Sabah?


Kerjasama antara Jabatan Perhutanan Sabah dengan TSH Resources Berhad membangunkan tanah seluas 1,200 hektar di Hutan Simpan Ulu Tongod, Telupid dengan tanaman pokok getah sejak lapan tahun lepas sudah menunjukkan hasil dengan torehan pertama mula dilakukan pada Khamis.
Usaha membangunkan tanah di hutan simpan itu dilakukan dibawah Pengurusan Hutan Mampan dengan TSH merupakan salah satu pemegang Lesen Perjanjian Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA).
  • Menurut Pengarah Jabatan Perhitanan Sabah sebagai berkata bahawa melalui pembangunan perladangan hutan dengan tanaman pokok getah di Hutan Simpan Ulu Tongod secara langsung akan dapat menjana pendapatan untuk syarikat dan negeri Sabah.
  • Bagi kerajaan negeri, katanya pendapatan akan diperolehi melalui pungutan royalti 10 peratus dari hasil jualan susu getah.
  • "Ia juga dapat memberi peluang pekerjaan terutama kepada komuniti yang tinggal di sekitar kawasan hutan simpan ini," katanya.
  • Menurutnya, TSH telah mencapai prestasi yang membanggakan dalam melaksanakan pengurusan hutan mampan sejak mereka memperolehi lesen SFMLA pada 1997.
Selain itu, Pengerusi TSH Resources Berhad Datuk Kelvin Tan Aik Pen berkata seluas 1,200 hektar tanah di kawasan itu sudah ditanam dengan pokok getah dan pihaknya menyasarkan untuk menambahkannya kepada 8,000 hektar sebelum berakhirnya Rancangan Pengurusan Hutan Kedua pada 2019.
Katanya projek penanaman pokok itu juga merupakan projek percubaan dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia yang menyediakan 16 klon benih pokok yang berbeza serta nasihat teknikal.
Sumber: Bernama
9 comments:

They must comply with the government's policy. Hope that the forestry reserves will not be damaged.


Baguslah jika sudah ada hasil. semoga aktiviti ini berkembang dan bertahan lama.


USaha seperti ini dapat memberi pendapatan kepada rakyat setempat.


adakah penanaman getah di hutan simpan ni tidak dipersoalkan? harap-harap ia memberi manfaat kepada penduduk yang tinggal di kawasan Ulu Tongod Telupid


Baguslah kalau ia membuahkan sesuatu yang positif.


Mulanya hairan juga napa di tanam di hutan simoan, tapi fikir balik kira OK la tu. Lagipoun ia dapat jana pendapatan penduduk sekitar.


Saya pun rasa heran mengapa kerajaan mesti menanam projek getah di kawasan hutan simpan, sedangkan banyak lagi kawasan yang sesuai di pantai barat Sabah.
Dalam proses penanaman ini banyak juga kayu-kayan yang terpaksa di musnah. Dalam masa yang sama ia juga turut memusnahkan kawasan habitat binatang liar yang sedia ada.


harap penanaman ini akan memberi peluang menjana pendapatan kepada penduduk tempatan.


Satu usaha yang berguna kepada kerajaan dan juga penduduk. Harap perkara sebegini akan dapat diteruskan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails