SUARA BEBAS TUARAN

Tiada Tindakan Ke Atas Ibrahlim Ali Isytihar Kristian ‘Jihad’?


Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan.
“Tindakan hanya akan diambil jika siasatan menunjukkan kata-kata yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang negara,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Segambut-DAP).
  • Lim mengemukakan soalan meminta kementerian menyatakan mengapa tiada tindakan diambil ke atas pihak yang mengisytiharkan “jihad” atas nama kaum dan agama.
  • “Saya mahu kesemua pihak berhati-hati dalam membuat dakwaan sedangkan kesahihannya belum dapat dibuktikan,” kata Hishammuddin.
  • Dalam satu ceramah awal bulan lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
  • Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.
  • Bagaimanapun beberapa pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.
  • Ketika itu, Hishammuddin berkata apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.
Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.
Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP. Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.
Sumber: The Malaysian Insider
16 comments:

Individu yang bersikap seperti Ibrahim Ali inilah yang akan mengundang kepada kepincangan perpaduan rakyat.


Jangan cepat melenting/melatah dengan suatu perkara atau khabar angin yang belum tentu kesahihannya.


Ibrahim Ali is stirring up religious hatred.


Agama Islam untuk Persekutuan tapi agama lain2 boleh diamalkan. Bagi Sabah & Sarawak tiada agama rasmi.

Semasa pembentukan M'sia, M'sia tiada agama rasmi. Pada tahun 2004, semasa Mahathir jadi PM, beliau telah mengumumkan M'sia adalah negara Islam. Tapi adakah ini termaktub dalam perlembagaan? Adakah pengumuman tersebut dipersetujui oleh rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kaum?

Tidak adil jika Ibrahim Ali boleh bersuara dan mengambil tindakan sesedap hati, tapi tiada tindakan undang2 dikenakan. Jika kumpulan Hindraf dikenakan tindakan ISA, kenapa tidak Ibrahim Ali..


dikatakan bahawa Ibrahim Ali tidak dikenakan tindakan terhadap kenyataannya ingin melancarkan 'jihad' ke atas komuniti Kristian kerana kesahihan belum dapat dibuktikan. tetapi adakah Ibrahim Ali mendapat kesahihan bahawa komuniti Kristian ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu sebelum menyerang dakwaan terhadap komuniti Kristian?


pada saya, Ibrahim Ali atau mana-mana pihak sekali pun, patut sentiasa berhati-hati ketika menyampaikan sebarang ucapan bagi mengelakkan ada pihak yang terasa hati.


bagaimana pula jika kaum lain yang membuat kenyataan sama seperti itu? adakah pada waktu itu KDN akan bertindak???


individu seperti Ibrahim Ali yang akan menjatuhkan negara...pengundi2 di pasir mas pasti menyesal kerana telah mengundi beliau...


para pengundi pasir mas harus menolak Ibrahim Ali pada PRu akan datang demi kesejahteraan negara..


bukankah kenyataan Ibrahim Ali ini adalah menghasut? mengapa pula tiada tindakan? pelik...


paling tidak pun kementerian dalam negeri harus memberikan amaran keras kepada ibrahim ali agar tidak keterlaluan dan melampau..


Tiada tindakan??? Biar betul?.. hmm, konpom lepas ni timbul isu lain pula. huhu


Apapun, amaran sepatutnya diberi kepada IA supaya beliau lebih sopan next time. hehhe


semua pihak tak kira siapa sekalipun, jangan mainkan lagi isu seperti ini.


Ibrahim Ali memang tidak berubah. Harap ada pihak yang perlu memberikan nasihat kepada beliau.


Terlalu melampau Ibrahim Ali ini. Biarlah Allah saja yang menilai perbuatannya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails