
Bermula 11 Julai ini, stesen televisyen berbayar Astro bakal membuat beberapa pelarasan pakej yang ditawarkan kepada lebih tiga juta pelanggannya dengan menyaksikan ada penetapan caj baru selain tawaran penjimatan. Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan berkata, berikutan pelarasan itu sesetengah yuran langganan mungkin naik RM1 hingga RM15 sebulan bergantung kepada pakej.Katanya, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan kenaikan kos kandungan global dan tempatan termasuk hak penyiaran acara sukan.
"Kami komited dalam meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi Astro tidak lagi mampu untuk terus menyerap kenaikan kos kandungan.
"Untuk itu, kos langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, walaupun ada yuran naik tapi ada penjimatan antara RM4 hingga RM14.95 sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya terus komited untuk mengekalkan caj langganan bagi Pakej Famili iaitu RM37.95 merangkumi 38 saluran pelbagai bahasa dan genre.- Katanya, pelanggan Astro juga boleh menikmati penjimatan lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan perakam video peribadi (PVR).
- "Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.
- "Aspirasi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman menonton yang terbaru dan tiada bandingnya kepada para pelanggan,'' ujarnya.



June 9, 2011 9:15 AM
walaupun yuran astro akan naik, namun orang ramai tetap akan melanggannya.
June 9, 2011 10:02 AM
nampaknya yuran astro juga alami kenaikan. tapi astro kenalah juga meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
June 9, 2011 10:51 AM
bagi yang ada astro tu, langganlah pakej sesuai dengan kemampuan anda.
June 9, 2011 10:54 AM
Nampaknya keadaan sekarang ni menuntut rakyat untuk lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan. semuanya sudah naik.
June 9, 2011 12:49 PM
supra.. saya tengok keadaan dulu.. kalau rasa terbeban sikit, saya close astro saya.. tengok channel 1, 2, 3 pun ok juga ba..:)
June 9, 2011 12:57 PM
Kalau harga naik, pastikan mutu dan kualiti Astro juga dinaikkan. Tidak perlulah mengulang cerita sama saja.
June 10, 2011 10:37 AM
Astro's quality doesn't seem to improve.
Post a Comment