
Dua orang Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub, merancang menyaman kerajaan ekoran penangkapan mereka pada perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung kelmarin.Menurut Mahfuz, penangkapan mereka di pintu masuk KL Sentral pada Sabtu lalu bertentangan dengan perlembagaan negara memandangkan lokasi tersebut tidak tertakluk kepada kawasan larangan untuk dimasuk oleh 91 individu yang mendapat perintah mahkamah.
- “Kami menganggap bahawa penangkapan kami adalah salah di segi undang-undang dan bertentangan dengan perintah mahkamah.
- “Kami ditahan seolah-olah kami menyalahi perintah mahkamah, sedangkan kami difahamkan bahawa KL Sentral bukan terkandung di dalam zon larangan di bawah perintah mahkamah tersebut,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields di sini hari ini.
Menurut Mahfuz lagi, di dalam tempoh penahanan mereka itu, pihak berkuasa tidak pun memberi sebarang penjelasan terhadap penangkapan tersebut .- Justeru itu, beliau berkata, penangkapan tersebut jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan yang menyebut bahawa mana-mana individu yang ditahan adalah berhak untuk diberitahu sebab dan alasan penahanan mereka.
- Selain itu, Mahfuz berkata, mereka berdua tidak dibenarkan oleh pihak polis untuk menemui peguam atau keluarga di dalam tempoh penahanan itu, sekaligus bertentangan dengan Seksyen 28.a(2) Kanun Prosedur Jenayah.
Mahfuz dan Salehuddin ditemui sejurus selepas membuat laporan polis bagi diri masing-masing di IPD Brickfields bagi memulakan prosedur saman sivil terhadap kerajaan sekitar jam 12.45 tengahari tadi.
- Menjelas mengenai saman malu, Mahfuz berkata, mereka akan berbincang dengan peguam masing-masing untuk menuntut bayaran ganti rugi kerana berasa malu dengan penangkapan tersebut.
- “Saya akan tuntut bayaran ganti rugi terhadap kerajaan kerana kesusahan hati keluarga saya dan saya malu pada pengundi-pengundi saya serta masyarakat antarabangsa,” tambahnya lagi.
Salehuddin pula berkata, perjuangan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil akan diteruskan dengan desakan mewujudkan sebuah suruhanjaya untuk penambahbaikan sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada kerajaan.- “Desakan ini akan digerakkan oleh parti-parti politik di seluruh negara supaya SPR memenuhi lapan tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih.
- “Mereka tidak boleh ketepikan begitu saja tuntutan yang kami buat melalui Bersih baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.
Mahfuz dan Salehuddin ditangkap oleh pihak berkuasa pada sekitar jam 1.40 tengahari, 9 Julai lalu, setelah mahkamah mengeluarkan perintah terhadap 91 individu untuk masuk ke kawasan Kuala Lumpur. 


July 12, 2011 9:33 AM
masyarakat antarabangsa? siapa tu?
July 12, 2011 9:48 AM
I don't think it will work. No one has ever sued the government and won before.
July 12, 2011 10:20 AM
sekarang mereka nak main saman kerajaan pula.
July 12, 2011 10:58 AM
pasti kedua belah pihak mempunyai alasan dan hujah mereka masing-masing. tunggu dan lihat sajalah.
July 12, 2011 11:26 AM
kes saman pun sudah timbul disebabkan isu Bersih ni. diharap ia dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
July 12, 2011 1:40 PM
Masyarakat antarabangsa? Ragu2 pula dengan kenyataan itu.
July 12, 2011 1:45 PM
Sudah terang, bersuluh pula.
Dah tahu kenapa polis tahan, faham2 sajalah. Walaupun KL Sentral bukan kawasan larangan, tapi apa yang anda buat di sana? Tunggu bas nak pergi LCCT atau nak sertai Bersih? Kenapa tak duduk kat rumah saja?
July 13, 2011 8:21 AM
bagi kerajaan, mana2 pihak yang terlibat menghasut rakyat mengadakan rusuhan dianggap sebagai penjenayah..
kerajaan bukan setakat menanggung malu malah bakal berhadapan dengan masalah ekonomi. rasanya peniaga2 dan orang awam yang terganggu aktivitinya juga patut menyaman penganjur Bersih..
July 13, 2011 8:57 AM
Mahu saman tapi pakai baju BERSIH. Sudah diberikan amaran tapi pura-pura tidak tahu pula. Kata tidak berakal pemimpin juga 2 orang PAS ini.
July 13, 2011 9:01 AM
Saman kerajaan?Satu candangan yang baik untuk PAS. Kita tunggu saja mereka akan lakukan atau sekadar kata-kata.
Post a Comment