SUARA BEBAS TUARAN

30 Kanak-kanak, Empat Guru Tebusan Berjaya Diselamatkan

Labels:
Drama tebusan yang mendebarkan penduduk sekitar Sungai Abong Muar, berakhir apabila polis berjaya menyelamatkan 30 kanak-kanak tadika yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi, awal pagi Khamis setelah melepaskan gas pemedih mata ke kawasan itu sebelum menyerbu masuk ke banglo itu.
Polis mengesahkan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu ditembak. Manakala, Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Turut diselamatkan ialah empat guru tadika terbabit.
  • Terdahulu, seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dilaporkan menahan 30 kanak-kanak tadika sebagai tebusan di Sungai Abong di sini. Lelaki itu mendesak polis menyerahkan pistol atau kanak-kanak terbabit dibunuh.
  • Bagaimanapun selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspek dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang.
  • “Dia sekarang lapar dan mahukan makanan," katanya pada Khamis sambil menambah bahawa mereka berada di aras atas banglo berkenaan.
  • Semasa makanan diambil, dua trak Unit Tindakan Khas (UTK) memasuki kawasan berkenaan.
  • Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Muar, Asisten Supritendan Suhaimi Ahmad memberitahu kaum keluarga dan media supaya menunggu di luar kawasan banglo. Katanya, suspek mungkin akan takut jika terlalu ramai yang berhimpun dekat kawasan berkenaan.
  • Pasukan UTK menutup laluan menghala ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids itu pada pukul 2 petang. Orang ramai kelihatan berkumpul di sekeliling jalan itu dan suspek dilaporkan mengunci semua pintu di banglo tersebut.
Dua buah ambulans turut berada dalam keadaan siap sedia di luar perkarangan tadika itu. Pegawai polis masih lagi berbincang dengan suspek tetapi sehingga kini, masih belum ada laporan mengenai kanak-kanak yang cedera. Polis masih lagi mengepung kawasan itu.
Pada pukul 3.45 petang, polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam kawasan itu dan memasuki banglo tersebut.
Sumber: mStar
9 comments:

Pusat Jagaan Kanak-Kanak perlu tingkatkan sistem kawalan demi keselamatan.


mungkin ada yang mengganggu fikiran lelaki tidak siuman ni sehingga dia bertindak begitu. harap semua tebusan berada dalam keadaan yang baik.


syukurlah semua kanak-kanak tersebut dan empat guru berjaya diselamatkan..


Kenapalah orang ini mahu buat begitu. Tidak ada kesudahan bagi diri dia.


inilah masalahnya jika orang kurang siuman ni. sering buat sesuatu yang membahayakan orang lain. mereka kena sentiasa dipantau.


Ambil pengajaran daripada kejadian ini. Tingkatkan sistem kawalan sekuriti.


semoga mangsa-mangsa tidak mengalami trauma selepas kejadian ini.


semoga mangsa-mangsa yang terlibat tidak mengalami trauma selepas kejadian ini.


Fortunately none of the captive gets hurt.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails