
Setelah bersama gagasan Malaysia selama 48 tahun, kerajaan hanya mampu menurap sekitar 35 peratus jalan raya di Sabah manakala 65 peratus masih jalan kelikir. Atau pun sejauh lebih kurang 7,000 kilometer maseh belum berturap.Manakala rakyat di semananjung Malaysia menikmati 80 peratus jalan berturap dan selebihnya jalan berbatu kelikir.
Walau macam mana pun kata Pengarah Kerja Raya, Datuk John Anthony, Kerajaan Sabah menyasarkan untuk menurap jalan raya sejauh 7,000 kilometer ini, yang dijangka menelan belanja RM10 bilion, menjelang tahun 2020.- Dalam masa yang sama, John berkata di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) (2010-2012), Sabah hanya diperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan intrastruktur jalan raya dengan sasaran jalan berturap hanya sejauh 750km.
- Beliau berkata mengikut perancangan, sekurang-kurangnya lima jalan raya berturap akan dibina di setiap daerah di Sabah sepajang tempoh itu.
Mungkin juga beribu-ribu kilometer panjang nya. Dan kos untuk menurap jalan-jalan yang dimaksudkan berkemungkinan juga lebih dari RM1 billion.
Bagaimana kah nasib jalan-jalan kampong yang tidak didaftar dalam JKR ini? Siapa kah yang di pertanggug jawab untuk menaik taraf jalan-jalan tersebut? Pegawai Daerah? Majlis Daerah atau pun Jabatan Pembangunan Negeri Sabah?- Yang saya tahu agensi-agensi selain dari JKR, ada lah kurang mahir dalam perancangan dan perlaksanaan
jalan-jalan di Sabah ini. Malang nya agensi-agensi ini kendalikan penaikan taraf jalan-jalan dengan mengunakan khidmat perunding yang kurang kemas atau pun kaki-tangan mereka sendiri yang kurang bertauliah. Apa lagi kalau peruntukan serba kekurangan. - Dalam perancangan dan perlaksaan jalan yang tidak bersepadu ini, pasti nya banyak jalan-jalan kampong yang akan tercicir lagi terbiar di seluruh negeri Sabah sehingga tahun 2030.
Sedangkan jalan-jalan di Sabah yang sedia ada pun maseh lagi berhadapan dengan keadaan daif. - Contoh nya di daerah Tuaran ini terdapat sebanyak berpuluh-puluh kilometer jalan-jalan luar Bandar dan jalan kampong yang maseh dalam situasi yang menyedihkan. Bukan sahaja tidak berturap, tidak berkelikir dan tiada perparitan. Mala ada diantara nya, sudah ditumbuhi rumput rumpai.
Walau macam mana pun, saperti kalian selalu kata kan, kita hanya mampu melihat dan menunggu dengan penuh harapan pemimpin-pemimpin kerajaan yang dikatakan serba boleh dan berjiwa rakyat itu pasti nya akan menangani masaalah ini sebaik yang mungkin.


July 9, 2011 9:59 AM
nampaknya Sabah begitu mundur dalam pelbagai aspek. adakah kerajaan seimbangkan pembangunan di seluruh negeri di Malaysia ini?
July 9, 2011 10:19 AM
Masalah birokrasi. Kakitangan tidak bertauliah. Khidmat perunding yang tidak efisyen.
July 9, 2011 10:22 AM
Rakyat hanya mampu berharap ini semua untuk jadi realiti. Terlalu lama menanti.
July 9, 2011 10:26 AM
jalan yang belum diturap itu perlu diturap.
July 9, 2011 1:08 PM
Entah mana silapnya.. Yang pasti hal ini harus diselesaikan segera.
July 9, 2011 1:09 PM
J/raya yang perlu diturap seharusnya diturap segera.
July 9, 2011 9:02 PM
disebabkan sabah tiada peruntukkan untuk menurap jalanraya2 tersebut kerana hasil2 bumi sabah diekploitasi oleh persekutuan/semenanjung..sabah hanya mendapat bantuan ehsan..
July 9, 2011 9:04 PM
maka pemimpin2 sabah harus berpadu untuk menuntut hak sabah seperti royalti minyak yang lebih tinggi dan sebagainya sesuai dengan perjanjian 20 perkara..
July 9, 2011 9:06 PM
lagi kualiti jalan raya yang tidak memuaskan..sudah diturap, dalam seminggu dua, berlubang sana sini..pecah sana sini..seolah-olah kita (sabah) hanya layak mendapat bahan reject..atau ada sebab lain seperti penyelewengan..
July 11, 2011 8:50 AM
Kerajaan sabah sekarang telah mencadangkan. 7,000 KM jalan di Sabah akan diturap sepenuhnya pada akan datang. Jadi kita mengharap sangat kerajaan akan menunaikan kata-kata mereka ini.
July 11, 2011 8:54 AM
65% jalan masih belum berturap?? Nampaknya Sabah memerlukan mereka yang benar-benar dapat membangunkan negeri ini. Kerajaan persekutuan harus bijak memikat sokongan rakyat. Tapi jika perkara ini berterusan tidak mustahil rakyat akan menolak kerajaan.
July 11, 2011 12:02 PM
bila la agaknya jalan dikampung saya yang pernah diiktiraf sebagai jalan kuda dinaiktaraf?? tahun 2020??
July 11, 2011 1:19 PM
The state government have to pay more attention to this issue. Make sure that more roads will be paved.
Post a Comment