
gambar hiasan mendiang Saipon Kayabo mati dibunuh dalam kejadian rampasan tanah di Tingkayu, Kunak Sabah
Dicela-cela kehebatan kes Berseh 2.0 yang terus menerus di sebarkan melalui ruang media alternatif di semenanjung Malaysia, di Sabah pula kerisauan mula memuncak bilamana ada pehak yang menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional Sabah disifatkan lebih kejam daripada Israel kerana bertindak merampas tanah adat Anak Negeri Sabah untuk diluluskan kepada konglomerat perladangan sehingga rakyat Sabah menjadi pelarian di negeri sendiri.

Lebih 100 orang berkerumun di hadapan Mahkamah Tinggi Tawau.
Dicela-cela kehebatan kes Berseh 2.0 yang terus menerus di sebarkan melalui ruang media alternatif di semenanjung Malaysia, di Sabah pula kerisauan mula memuncak bilamana ada pehak yang menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional Sabah disifatkan lebih kejam daripada Israel kerana bertindak merampas tanah adat Anak Negeri Sabah untuk diluluskan kepada konglomerat perladangan sehingga rakyat Sabah menjadi pelarian di negeri sendiri.
Rampasan tanah khususnya di beberapa kawasan Pedalaman Sabah saperti kawasan Keningau, Pensiangan, Tongod, Ranau, Kunak dan di tempat-tempat lain; termasuk di Kampung Bawang dan Kampung Tangkarason di Beluran dilakukan oleh syarikat perladangan dengan subahat Jabatan Tanah dan Ukur semakin menjadi-jadi; tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusian terhadap sesama insan.- Menurut sumber kini lebih 90 % kawasan ladang kelapa sawit dimiliki oleh Konglomerat daripada Semenanjung Malaysia, maka dengan itu, hak Anak Negeri semakin terhakis dan sukar ditebus semula; terutama apabila Kerajaan Negeri membenarkan penggunaan Sijil Anak negeri Palsu.
- Kemarahan akyat Sabah memuncak kerana sehingga kini seluas 2,465 ekar tanah adat di Kampung Tangkarason, Beluran telah dirampas oleh syarikat luar dengan izin Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur; namun kerajaan BN mendiamkan isu penting ini.

Lebih 100 orang berkerumun di hadapan Mahkamah Tinggi Tawau.
Namun baru-baru ini, lapan buah syarikat konglomerat peladangan yang diberikan geran dan hak milik ke atas tanah adat oleh kerajaan Negeri Sabah, gagal untuk mempertahankan tanah tersebut apabila Mahkamah Tinggi Tawau telah memutuskan bagi mengenepikan perintah mahkamah untuk menghalau atau mengusir mana-mana penduduk Kampung Serudung, Kalabakan, Tawau dalam kes yang didengar kelmarin.
Dalam perintah mahkamah yang dikeluarkan kepada syarikat Konglomerat perladangan (anak syarikat Sime Darby) yang ada geran tanah, tetapi tidak boleh mengganggu ataupun mengusir penduduk terbabit yang sudah sekian lama tinggal di atas tanah adat tersebut.- Seorang Aktivitis Masyarakat, Galus Ahtoi yang mengikuti perkembangan kes pembicaraan tuntutan ke atas tanah adat itu menjelaskan, lebih 100 orang pemilik tanah tersebut yang dirampas oleh 8 buah syarikat atas tajaan kerajaan beramai-ramai pergi ke Mahkamah Tinggi Tawau untuk mengetahui perkembangan kes tersebut.
Kesungguhan mereka melantik Datuk Ir. Kong Hong Ming sebagai peguam bela dan peguam cara bagi mewakili 100 orang pemilik tanah, tidak sia-sia kerana telah berjaya memenangi pembicaraan tersebut setelah Mahkamah Tinggi Tawau mengenepikan perintah mahkamah untuk mengusir para pemilik asal daripada tanah terbabit.- Para penduduk terbabit mengucapkan terima kasih kepada Kong di atas kemenangannya dalam kes tersebut, khusus bagi membela dan mempertahankan hak-hak mereka daripada dicabuli oleh ‘Lintah Darat’ iaitu Konglomerat Perladangan yang memporak porandakan hidup mereka selama ini.

Lebih 500 penduduk Kg Salimpodon Pitas menghadiri majlis kesyukuran.
Dalam kes berasingan, pembicaraan ke atas tuntutan tanah adat di kampung Salimpodon Pitas, Kudat oleh Rambilin Bte Ambit juga berjaya menawan semula tanah tersebut daripada jatuh ke tangan perampas tanah adat yang menghalalkan kezaliman di luar tabii dengan bantuan pihak berkuasa.
Mereka menjemput Anwar kerana telah banyak membantu mereka, terutama Datuk Kong Hong Ming ialah Ahli Majlis Presiden PKR Sabah yang membantu mereka secara sukarela; ketika Peguam BN bersembunyi semasa diminta membantu penduduk kampung berkenaan; atas alasan tidak mahu menentang kerajaan atau bimbang ‘talihayat’ (Lesen Guaman) mereka diputuskan Kerajaan BN...Sungguh aneh lagi dahysat.
Sumber: Sabahkini, agensi
- Mahkamah Tinggi telah memerintahkan sesiapa saja tidak dibenarkan mengganggu gugat tanah milik Rambilin berkuatkuasa serta merta.
- Menurut Galus, bagi meraikan kejayaan dalam kemenangan tuntutan tanah tersebut, para penduduk kampung berkenaan telah menganjurkan satu pesta kesyukuran secara besar-besaran dan tetamu terhormat pada majlis tersebut iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka menjemput Anwar kerana telah banyak membantu mereka, terutama Datuk Kong Hong Ming ialah Ahli Majlis Presiden PKR Sabah yang membantu mereka secara sukarela; ketika Peguam BN bersembunyi semasa diminta membantu penduduk kampung berkenaan; atas alasan tidak mahu menentang kerajaan atau bimbang ‘talihayat’ (Lesen Guaman) mereka diputuskan Kerajaan BN...Sungguh aneh lagi dahysat.


July 22, 2011 8:41 AM
The Bersih issue mainly happened in the West Malaysia, while the Native land issue mainly happens in Sabah and Sarawak.
July 22, 2011 9:59 AM
dua-dua isu pun banyak mendapat perhatian. cumanya, isu tanah adat di Sabah hanya tertumpu dinegeri ini. berkaitan isu tanah adat, biarlah mahkamah mengadilinya.
July 22, 2011 10:27 AM
tanah adat harus kita pertahankan dari dirampas oleh pihak luar.
July 22, 2011 10:34 AM
Isu2 seperti tanah adat harus dipandang serius kerana kita tidak mahu rakyat Sabah menjadi pelarian di negeri sendiri sementara pihak luar mengaut keuntungan di atas kesusahan mereka.
Semoga lebih banyak pembelaan dapat dibuat mengenai tanah adat ini.
July 22, 2011 10:41 AM
Siapa yang beri kelulusan kepada pihak luar utuk menjalankan perladangan di tanah adat? Tidakkah mereka meneliti terlebih dahulu sebelum membuat keptusan?
July 22, 2011 10:57 AM
Jabatan Tanah dan Ukur diharap menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan tidak bersubahat dengan syarikat2 luar untuk merampas tanah adat penduduk.
July 22, 2011 1:38 PM
Sdra samm,
Biar lah mahkamah mengadilinya?
Maksud nya, biar lah syarikat yang kaya raya dengan bantuan bantuan kerajaan Sabah sesuka hati merampas dan menghalau penduduk asal tersebut?
Dalam masa yang sama, mereka hanya mampu berdoa dan mengharapkan mahkamah akan berpehak kepada mereka selepas bertahun2 lama nya.
Itu pun kalau ada lawyer sanggup memperjuangkan hak mereka..kalau tiada, macammana?
Untuk sementara itu, dimana lah mereka tinggal kalau tanah dan rumah sudah tiada? Kadang-kadang rumah penginapan mereka pun turut di roboh.
Fikir-fikirkan lah
July 22, 2011 2:22 PM
Isu tanah kebanyakkan berlaku di Sabah dan Sarawak. Apa pun kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian. Tidak perlulah samakan Isu tanah dengan BERSIH 2. BERSIH lebih teruk berlaku.
July 22, 2011 2:42 PM
Sdra Batresiah,
Berseh lagi teruk? mungkin lah kalau sdra menatap di semenanjung.
Namun, Berseh tidak rampas tanah orang kampung hingga menjadi pelarian di negeri sendiri.
Seada nya, aktiviti Berseh tidak akan mencetuskan peperangan saperti di Palestine...Punca nya tanah dirampas oleh regim israel saperti yang belaku di Sabah.
Fikir-fikirkan lah..
July 23, 2011 12:06 AM
SInce im a sabahan, i would have to say the native land issue.
July 25, 2011 10:22 AM
tahniah kepada penduduk2 kampung dan pemimpin2 pembangkang yang berjaya menyelesaikan masalah rakyat. kejayaan itu adalah berita baik untuk pembangkang, dan berita buruk bagi parti pemerintah. teruskan usaha membantu rakyat kerana hanya itulah peluang Pemimpin2 pebangkang mendapatkan sokongan rakyat selain berkempen.
Post a Comment