SUARA BEBAS TUARAN

Arwah Dr Lo’Lo’ Dalam Senarai Di Tangkap Bersama 13 Orang Yang Lain

Labels:

Pihak polis sedang berusaha untuk mendapatkan waran tangkap ke atas 14 individu termasuk Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad yang lalu, lapor Berita Harian.
Selain Dr Lo’ Lo mereka yang lain ia lah Anwar Ibrahim, A. Samad atau lebih popular sebagai ‘Pak Samad’, Exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.
Sementara anggota parlimen pembangkang pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).
  • Tanpa memetik mana-mapa pihak, akhbar itu melaporkan semua individu itu dipanggil ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi sejak 11 Julai, namun belum berbuat demikian.
  • Semalam, polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan individu itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan mengeluarkan waran tangkap.
Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi, lapor Berita Harian lagi.
Sumber: Agensi
9 comments:

My Condolence to the late Dr Lo'Lo' Ghazali.


takziah diucapkan kepada keluarga Dr Lo' Lo' Ghazali. berkaitan isu bersih pula, setiap pihak mempunyai hujah masing-masing. apa pun perhatian tertumpu kepada polis bagaimana mereka menguruskan pekara ini. harap isu ini akan dapat diuruskan dengan baik dan berhemah.


apapun, semoga Arwah dr Lo Lo dpt bersemadi dgn aman.


kalau kesemua 14 individu tersebut pergi ke IPD Dang Wangi maknanya mereka mengaku bersalah. saya pasti mereka tidak akan mengaku bersalah dengan tindakan mereka.


Takziah kepada keluarga Dr Lo' Lo' Ghazali.


Tak sangka arwah Dr. Lo'Lo pun dalam senarai yang hendak dipanggil ke IPD.


Harap mereka yang dipanggil ke IPD agar segera tampil untuk memberi kerjasama.


Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga apa yang berlaku ini tidak dikaitkan dengan apa yang berlaku baru-baru ini.


pihak polis tidak baca berita ka?? bagaimana mereka boleh senaraikan nama individu yang sudah meninggal dunia untuk datang ke IPD??


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails