
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menegaskan kepada Astro agar atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang. Beliau berkata rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan.Dipetik Bernama Online, Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan ‘teknikal’ susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.
“Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton,” katanya kepada pemberita.- Rais berkata antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut.
- “Atau pun pihak berkenaan perlu memberikan kelonggaran dari sudut bayaran fi... bab itu sedang diteliti oleh penguatkuasa undang-undang,” katanya.
Berhubung iklan yang didakwa terlalu banyak ditayangkan Astro, Rais berkata, perkara itu sentiasa diberi perhatian oleh SKMM dan setakat ini jumlah minit iklan yang ditayangkan tidak melebihi jumlah ditetapkan.Beliau berkata kerajaan tidak menghalang penyiaran iklan di Astro kerana ia berlandaskan kepada syarat dalam lesen. Jumlahnya hendaklah tidak lebih daripada 10 minit bagi setiap jam di setiap saluran.



July 18, 2011 9:54 AM
This problem has never been solved even though many has complained about it before.
July 18, 2011 1:43 PM
Astro harus memperbaiki mutu perkhidmtan mereka.
July 18, 2011 1:49 PM
lebih baik pihak ASTRO memperbaiki kualiti siarannya dulu sebelum mahu menaikkan bayaran untuk setiap pakej.
July 18, 2011 2:51 PM
jika astro mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka, pasti pelanggan akan berpuas hati dan mungkin akan lebih ramai pengguna akan menggunakan perkhidmatan mereka.
July 18, 2011 2:53 PM
Jadi Astro buatlah keputusan yang terbaik kepada syarikat penyiaran itu sendiri.
July 19, 2011 10:36 AM
langganan Astro saya sudah bayar tapi masih belum activate.. problem betul la Astro ni..
Post a Comment