
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Walau macam mana pun, Kabinet jumaat lalu, membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan. Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Sumber: Agensi
Walau macam mana pun, Kabinet jumaat lalu, membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Malah Astro juga berhadapan dengan kemungkinan dikenakan denda atau kompaun kerana mengedarkan notis kenaikan caj kepada pelanggannya tanpa kebenaran daripada pihak SKMM- Beliau berkata isu tarif itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.
- “Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini.
Beliau berkata setakat ini, Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.- ” Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian,” katanya.
Menjelaskan maksud ‘tindakan sewajarnya’, Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.
Kempen pemboikotan Astro bermula apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan. Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.


July 4, 2011 9:29 AM
Tidak patut untuk menaikkan harga pembayaran Astro. Sepatutnya mereka meningkatkan mutu penyiaran.
July 4, 2011 9:31 AM
Jika hujan turun Astro tidak akan bersiaran. Jika masalah ini dapat siatasi, ini boleh membantu mereka untuk mengusulkan lagi hasrat mereka untuk meningkatkan harga dipasaran.
July 4, 2011 10:11 AM
Ini pasti mengembirakan kepada para pelanggan astro.
July 4, 2011 10:18 AM
This is what happened when Astro is allowed to monopolize the industry.
July 4, 2011 1:26 PM
semua pengguna astro pasti tidak gembira jika kadar tarif astro dinaikkan.
July 4, 2011 1:27 PM
baguslah jika kabinet tidak membenarkan astro menaikkan caj. ini melegakan pengguna.
July 4, 2011 1:54 PM
Baguslah. Kalau semua pun mahu naik harga, bertambahlah beban pelanggan Astro.
July 4, 2011 1:56 PM
baguslah tiada kenaikan caj perkhidmatan oleh Astro. lagipun sebelum ni pun sudah banyak kenaikan barang.
July 5, 2011 9:41 AM
Mesti rakyat menyokong tindakkan kabinet ini.
July 5, 2011 10:48 AM
bgslah, astro mmg tak patut naikkan tarif. jika nak naikkan, tingkatkan mutu siaran.
July 5, 2011 3:43 PM
saya akan berhenti melanggan Astro sekiranya tarif perkhidmatan mereka benar2 naik.
Post a Comment