
Hingga hari ini, tiada petanda bahawa Kabinet Persekutuan akan membuat keputusan berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) untuk menyiasat masalah imigresen atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah.Pada suatu ketika, isu ini hangat disuarakan di Sabah. Namun ia nya terhenti begitu sahaja setelah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan suruhanjaya itu tidak perlu ditubuhkan kerana kerajaan mempunyai mekanisme khusus bagi menanganinya.
Sehubungan itu, Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok berkata, parti itu akan terus membuat susulan bagi merealisasikan penubuhan suruhanjaya itu.- berucap Dompok berkata Walaupun ada pihak-pihak tertentu yang merasakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraya ini tidak wajar atau tidak logik tetapi bagi kita ia mesti ditubuhkan bagi mengatasi masalah imigran di negeri ini termasuk daftar pemilih.
“Setakat ini Kabinet belum membuat sebarang keputusan, kita akan meneruskan agenda ini,” katanya kepada pemberita diPenampang, Sabah, kelmarin- Dompok berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini seruannya kepada kerajaan persekutuan untuk menubuhkan suruhanjaya itu, awal tahun ini.
- Dalam masa yang sama Dompok merasakan bahawa tiada guna berjuang dalam parti dan kerajaan BN sekiranya perjuangan seperti kes ini tidak dihargai.
Sebelum ini Hishammuddin dipetik sebagai berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja itu tidak perlu ditubuhkan kerana kerajaan sudah mewujudkan Makmal Pengurusan Warga Asing yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak tahun lalu bagi menyelesaikan pelbagai perkara berbangkit termasuk masalah imigresen di Sabah.


July 12, 2011 9:50 AM
RCI alone will not solve any problems. It is just to investigate the illegal immigrant issues. Only if the relevant actions are taken, then it can solve the issue.
July 12, 2011 9:51 AM
Other than the RCI, is there no other ways that can be taken to solve the illegal immigrant issues?
July 12, 2011 10:03 AM
tak salah juga kita mencuba SSD ini. usaha untuk selesaikan masalah PATI perlu diteruskan.
July 12, 2011 10:42 AM
Harap2 ini dapat membantu selesaikan isu PATI di Sabah.
July 12, 2011 10:49 AM
masalah pati sudah lama berlaku. jika SSD dirasakan boleh menyelesaikan masalah pati, ia wajar dilaksanakan.
July 12, 2011 10:57 AM
"berucap Dompok berkata Walaupun ada pihak-pihak tertentu yang merasakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini tidak wajar atau tidak logik tetapi bagi kita ia mesti ditubuhkan bagi mengatasi masalah imigran di negeri ini termasuk daftar pemilih."
setuju dengan Tan Sri Bernard Dompok. sememangnya apa saja cara perlu dicuba untuk mengatasi masalah PATI.
July 12, 2011 12:12 PM
Ikhtiarkan apa saja cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah PATI ini. Kalau Bersih boleh ditentang habis-habisan, kenapa tidak kepada PATI?
July 12, 2011 12:15 PM
Mungkin SSD tidak dapat menyelesaikan masalah PATI secara menyeluruh tetapi sedikit-sebanyak dapat membantu mencari jalan penyelesaian kepada masalah PATI.
July 12, 2011 2:56 PM
mungkin lagi baik jika SSD dilaksanakan serentak dengan program 5P..
July 12, 2011 6:21 PM
masalah PATI di sabah harus diselesaikan..oleh itu apa cara sekali pun perlu dilakukan..
July 12, 2011 6:22 PM
SSD juga merupakan antara cara yang boleh digunakan agar dalang2 di sebalik pemberian IC kepada PATI dapat dikenalpasti dan dihukum..tiada pihak lain yang mengeluarkan IC selain dari jabatan pendaftaran negara..oelh itu, SSD adalah perlu untuk menembusi kekangan politik.
July 12, 2011 6:23 PM
jadi tiada alasan mengapa SSD tidak perlu ditubuhkan melainkan ada pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran..
July 12, 2011 6:30 PM
pengurusan dan pembasmian PATI adalah dua perkara berbeza..hairan mengapa Hishammudin tidak dapat membezakan dua perkara ini..pembasmian perlu dilakukan dahulu dan diikuti dengan pengurusan sebagai langkah susulan..jadi RCI adalah satu alternatif yang dilihat paling berkesan bagi menyelesaikan isu imigran di sabah.
July 13, 2011 8:15 AM
Masih belum ada kata putus dari pihak persekutuan berhubung dengan SSD ini untuk membenteras masalah PATI. Harap Kerajaan persekutuan meneliti cadangan ini kerana rakyat Sabah benar-benar risau dengan pertumbuhan PATI yang terdapat sekarang.
July 13, 2011 8:18 AM
Pemutihan tidak akan berhasil untuk menangani masalah PATI ini. Telah beberapa kali pemutihan dilakukan. Tapi lihat hingga sekarang apa yang berlaku? Kehadiran PATI bertambah dari masa kesemasa. SSD inilah salah satu jalan yang terbaik untuk menangani masalah PATI ini. Kerajaan haruslah meluluskan cadangan ini. Kita tengok keberhasilannya. Belum cuba, kita tidak tahu lagi. Jadi biarlah Sabah menjadi uji kaji untuk SSD ini. Sabah pasti rela untuk kebaikkan mereka.
Post a Comment