SUARA BEBAS TUARAN

Demokrasi Perlu Murni Dan Terus Dimurnikan-Samad Said

Labels:

Untuk pembaca yang belum membaca atau pun belum mendengar ucapan Sasterawan Negara Samad Said sempena malam pelancaran Berseh baru-baru ini, dibawah ini ada lah diantara perenggan ucapan tersebut untuk kita kongsi perhatian;
“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.
Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.
  • Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.
Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

  • Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.
  • Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.
  • Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.
  • Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.
Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”
Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”
Sumber: Agensi
10 comments:

We should be able to receive this with open mind and open hearts.


Pendapat orang veteran. Masing2 punya pendapat sendiri mengenai kerajaan M'sia.


Inilah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang sasterawan. bukan semua hasil karyanya akan diterima 100% oleh semua pihak/rakyat. jadi, nilai-nilaikanlah sendiri.


masing-masing ada pandangan sendiri. yang penting setiap isu perlu dicari penyelesaian dengan baik dan keharmonian perlu dikekalkan.


Kita harus lebih bersikap terbuka dan bukannya menjadi skeptik. Dan kita juga harus tahu menilai maksud yang tersurat dan tersirat agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan.


Semoga ucapan atau karya2 yang dihasilkan tidak menimbulkan provokasi sehingga menggugat keamanan negara.


setiap orng ada pendapt dan penilaian sendiri.


Memang semua rakyat mahukan keadilan, tapi bukan cara BERSIH ini. Perbincangan yang terbaik.


rasanya pakatan juga akan mengawal kebebasan sekiranya mereka mentadbir negara ini..


Hoped that democracy for the people can be achieved.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails