SUARA BEBAS TUARAN

Graduan Muda Susah Dapat Kerja?

Labels:

Baru-baru ini, satu pengumuman telah dibuat menyatakan bahawa jumlah graduan yang menganggur telah meningkat dari 65,000 kepada 71,600 walaupun jumlah keseluruhan pengangguran telah berkurang dari 3.4% kepada 3.1% pada suku pertama tahun ini.
Satu lagi kaji selidik yang telah dilakukan oleh agensi Kelly Services menunjukkan bahawa ramai graduan yang meminta waktu kerja mereka diseimbangkan supaya mereka boleh membahagikan masa tersebut dengan aktiviti peribadi mereka dan bukannya sebaliknya.
  • Pengurus pemasaran syarikat tersebut, Jeannie Khoo berkata, kebanyakan majikan juga tidak menggemari sikap buruk dan sikap tiada semangat juang para graduan ini untuk menaikkan taraf hidup mereka sendiri.
  • “Kebanyakan mereka masih mempunyai pandangan yang salah di mana mereka berfikir bahawa mereka mampu mendapat jumlah gaji yang besar walaupun jika mereka baru sahaja bekerja. Industri perbankan contohnya, mereka mahukan gaji sebanyak RM3,000 sedangkan menurut kadar pasaran, mereka sepatutnya mendapat gaji sebanyak RM2,200,” kata beliau.
  • Ketua pengambilan pekerja bagi syarikat PricewaterhouseCoopers Malaysia, Salika Suksuwan(foto kanan), berkata, beberapa calon mungkin telah diberikan beberapa tawaran untuk bekerja.
  • Namun, mereka bertindak secara tidak professional dengan menolak semua tawaran yang telah diberikan – dengan tidak menghadirkan diri untuk sesi temuduga ataupun hari pertama bekerja.
  • “Kadangkala kami terpaksa menghubungi mereka untuk mengingatkan mereka tentang sesi temuduga mereka sendiri apabila mereka gagal menghadirkan diri,” kata beliau.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Talent Corp, Johan Mahmood Merican(foto kiri) pula menasihatkan para garaduan supaya tidak membuat sebarang permintaan melampau terhadap gaji mereka. Mereka yang meminta gaji yang terlalu tinggi adalah antara masalah utama mengapa kebanyakan majikan enggan mengambil golongan graduan baru untuk bekerja
  • “Menyertai sesebuah syarikat adalah lebih penting supaya dapat menambahkan pengalaman dan ianya juga boleh juga dijadikan sebagai persediaan untuk menghadapi masa hadapan,” kata beliau.
  • Antara masalah lain adalah ramai antara mereka yang tidak boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik.
Sumber: Agensi
15 comments:

Some of them are not willing to work if the salary offered is too low. So they have a hard time finding jobs. In fact, many people who just started with low basic salary but their salary will be increased after their performance are evaluated. Those who never tried, will never know.


Attitude and mindset is very important to land a job. New graduates should be humble and willing to learn.


graduan kena berfikiran terbuka dan positif. jangan terlalu memilih dan jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mendapat gaji yang setimpal dengan kelulusan. dalam alam pekerjaan juga perlu diingat bahawa semuanya bermula dari tahap yang paling bawah.


para graduan jgnlah terlalu memilih kerja. memilih kerja yang mnyebabkan mereka sukar mendpat pekerjaan.


banyak faktor yang menyebabkan pengangguran. kekurangan peluang kerja antara faktor utama. selain itu, graduan sendiri yang terlalu mengharap gaji yang tinggi dan gagal menguasai bahasa inggeris juga menjadi penyebab pengangguran.


Ini bukan kerana susah tapi usaha yang kurang dan sikap yang paling ketara sekarang adalah memilih pekerjaan oleh para graduan muda ini.


Bukan soal pilih kerja ba tu, kadang2 ikut nasib juga. Mcm saya after konvo tak sempat rehat dah dapat offer kerja.. Tapi my younger sister terpaksa ambil kursus utk isi masa lapang cz kerja masih tak dpt. huhu


Some of my fren pun ada cakap; kalau nak kerja di kedai kopi sekalipun, majikan tu takkan bagi coz tak mampu bayar gaji. Bila nak terima keja opis, gaji cukup tambang saja.. so, itu salah graduan ka???


On the 17th July 2011, The Star online reported that a survey by online recruitment agency Jobstreet.com showed that 55% of employers cited unrealistic expectations of salaries while 48% of them said poor English was the main reason.


maknanya, bukan tidak ada peluang pekerjaan langsung, tetapi disebabkan oleh sikap terlalu memilih dan tidak menguasai kemahiran tertentu..


isu yang menjadi faktor adalah gaji..gaji yang diminta oleh graduan muda adalah tinggi sedangkan mereka belum ada pengalaman kerja yang sepatutnya.


dikatakan antara lain sebab utama adalah tidak menguasai bahasa inggeris dengan baik..di mana silapnya? sistem pendidikan atau graduan itu sendiri? tapi rasanya kelemahan ini boleh diatasi sekiranya graduan bermotivasi untuk memajukan keupayaan menguasai bahasa inggeris..


graduan juga jangan terlalu ego dengan pencapaian akademik mereka..pencapaian akademik bukan ukuran sebenar apabila berdepan dengan dunia pekerjaan..


ada baiknya jika para graduan muda mengikuti mana2 kursus yang ditawarkan untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran2 seperti komunikasi dll..pasti ini akan dapat membantu para graduan untuk menghadapi dunia pekerjaan.


i m fresh graduate from local uni ,with major in international business and currently just working with agencies as call center exec with basic RM 1400 per month.

is this the salary expectation should be for fresh graduate? so then , it s better all youngster looking for a job after spm , why need for tertiary education if it s not measurement at all..

anyway , i m still with this job after 6 month, because i love what i m doing but yet part of me feeling sad with this basic salary as it wont takes me anywhere changes ,i m still wearing clothes that i m wear during my campus life and i m still driving my father old car.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails