SUARA BEBAS TUARAN

Ibrahim Ali Syor Kerayatan Ambiga DiLucut?


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali(photo kanan) hari ini menegaskan yang Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mesti dilucutkan kerakyatannya.
Menurutnya, Ambiga biadap dan kurang ajar kerana tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar tidak membuat demonstrasi jalanan pada 9 Julai lalu. Wanita ini (Ambiga) tidak ada adab dan tidak tahu mana langit dijunjung dan bumi yang dipijak, kata Ibrahim.
  • Kata Ibrahim, terbuktikan betapa angkuh dan biadapnya Ambiga. Ambiga jelas menderhaka dan menghina Agong, selepas diterima menghadap, beliau mempermainkan Tuanku pula.
  • Jadi pada Perkasa, Ambiga mesti dilucut kerakyatan agar menjadi pengajaran kepadap pihak lain supaya perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Berhubung persoalan mengapa pihakn Ambiga bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menolak tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menganjurkannya di Stadium Melawati Shah Alam, Ambiga memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.
“Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.
“Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana,” kata Ambiga.
Sumber: Agensi
11 comments:

Ibrahim Ali kena cermin diri sendiri dulu sebelum mengkritik orang lain. sebelum ni pun Ibrahim Ali telah membuat kekecohan yang menggugat perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.


lebih baik jangan cetuskan apa2 kontroversi lagi. keamanan negara dan perpaduan di kalangan rakyat harus diberi keutamaan.


terpulang pada kerajaan nak ambil tindakan apa terhadap Ambiga.


Pandai saja si IA di becakap.. bikin panas. huhu


Apapun, semoga perkara ini dapat ditanggani sengan baik tanpa menimbulkan lagi ketegangan.


Ibrahim Ali patut cerminkan diri dahulu. Bagi saya, Ibrahim Ali orang pertama yang patut dilucutkan kerakyatan kerana beberapa kali menimbulkan ketengangan agama dan bangsa.


Siapa yang paling biadap dan kurang ajar? Rasanya rakyat juga tahu.


Ala sebaiknya berbincanglah dan bukannya mencari penyelesaian yang sangat negatif seperti baru-baru ini, 9 Julai. Hanya orang yang pengecut saja bersembunyi dibelakang penyokong. Beramai-ramai.. Cuba face to face untuk menyelesaikan. Kan lagi bagus.


kalau begitu semua yang menyertai perhimpunan itu juga patut dilucutkan kerakyatan mereka. Perkasa dan Patriot juga patut dikenakan tindakan yang sama.


Pasti akan ada jalan penyelesaian, dan meja perbincagan untuk sesuatu hal itu.


Pastikan pemimpin mencerminkan imej yang baik untuk menjadi taladan kepada generasi akan datang.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails