SUARA BEBAS TUARAN

Imigresen Rekod Lebih 5,000 PATI 2 Hari Program Pendaftaran


Seramai 5,252 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah direkodkan oleh Jabatan Imigresen Sabah sepanjang tempoh dua hari Program Pendaftaran PATI 2011 Peringkat Negeri Sabah itu dilancarkan bermula sejak 18 Julai lalu.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Haji Mohammad Mentek berkata, daripada jumlah itu Lahad Datu merupakan daerah yang paling tertinggi mencatatkan bilangan pendaftaran PATI iaitu seramai 1,287 orang diikuti oleh daerah Sandakan seramai 1,245 orang, Tawau 850 orang dan Kota Kinabalu seramai 821 orang PATI.
  • Manakala bagi daerah-daerah lain, bilangan jumlah PATI mendaftar yang telah direkodkan hanya dalam lingkungan 200 orang ke bawah setakat ini dan berdasarkan analisis Jabatan Imigresen Sabah, kebanyakan pekerja PATI yang telah mendaftar ini adalah merupakan mereka yang bekerja dalam sektor perladangan.
  • Dewan Perdana Lahad Datu adalah merupakan salah satu daripada sembilan buah lokasi yang dibuka bagi urusan program Pendaftaran PATI 2011 yang dilaksanakan kerajaan negeri selama dua minggu bermula dari 18 Julai hingga 1 Ogos ini.
  • Lokasi lain yang dibuka bagi urusan program ini ialah di daerah Penampang, Kudat, Ranau, Sandakan, Sipitang, Tawau, Semporna dan daerah Keningau.
  • Dalam pada itu, Mohammad berkata, majikan dan PATI perlu mengambil kesempatan sepanjang tempoh dua minggu proses pendaftaran ini dibuka kerana dalam tempoh berkenaan mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga asing yang datang mendaftar di bawah program itu.
  • Tegasnya selepas proses pendaftaran selesai, proses penguatkuasaan pula akan dibuat selama kira-kira dua bulan dan dijangka berakhir Disember tahun ini.
  • Jelasnya, empat kategori PATI yang perlu mendaftar ialah warga asing yang masuk secara tidak sah, tinggal lebih tempoh pas lawatan sosial, melanggar syarat-syarat pas kerja dan mereka yang memiliki pasport yang dikeluarkan oleh kedutaan atau konsulat yang ada di negara ini
Menurut Mohammad lagi, semua pegawai imigresen di seluruh Sabah juga telah diarah untuk menghubungi semua majikan bagi mendaftar pekerja PATI masing-masing dan tindakan tegas akan diambil terhadap PATI dan majikan jika gagal berbuat demikian.
Ujar Mohammad, pihak Imigresen juga akan pergi sendiri ke kawasan-kawasan ladang yang lokasinya terletak jauh dari kawasan pendaftaran untuk memudahkan majikan dan PATI mendaftar dalam program tersebut.
Sumber: NST, agensi
8 comments:

Usaha ini dapat memberi gambaran sebenar bilangan PATI yang bekerja di Sabah.


semua PATI yang ada berilah kerjasama dan berdaftarlah dgn segera.


Rasanya masih ramai lagi yang belum mendaftar tu. kalau baru 2 hari sudah 5,000 apa lagi bila sudah sampai 2 minggu.


masih ramai lagi pati diluar sana. apa pun, harap program ini akan berjalan lancar dalam usaha untuk mengurangkan kebanjiran pati di negeri Sabah.


5,000 pati telah mendafatar dalam program 5P ini. teruskan usaha dan pastikan masalah ini akan dapat diselesaikan.


saya tidak heran jika semua PATI ini bekerja di sektor perladangan. kerana sektor ini mampu menyediakan mereka tempat persembunyian jauh dari pengetahuan orang awam.


Tidak tahulah berapa ramai PATI yang ada sebenarnya.


Tidak tahulah berapa ramai PATI yang ada sebenarnya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails