SUARA BEBAS TUARAN

Indek Pencemaran Udara Negara Dijangka Semakin Buruk

Labels:

Bacaan terbaru indeks pencemaran udara( IPU) petang ini memperlihatkan 60 peratus kawasan di negara ini berada dalam lingkungan sederhana, namun hanya 40 peratus dalam kategori sihat.
Justeru itu, orang ramai perlu mengambil beberapa langkah kesihatan seperti meminum lebih banyak air kerana IPU di negara dijangka akan merosot dengan ketara dalam tempoh seminggu ini.
  • Walau macam mana pun, dengan taburan hujan diramalkan rendah sepanjang satu minggu lagi, IPU dijangka akan menjadi lebih buruk.
  • Beberapa kawasan seperti Pelabuhan Kelang, Kuala Selangor, Petaling Jaya dah Shah Alam walaupun berada dalam zon sederhana, bacaan IPU mereka adalah tinggi yakni antara 72 hingga 85. Definasi IPU sihat, adalah bagi bacaan 50 ke bawah.
  • Bacaan 101 hingga 200 IPU yang merujuk kepada kepekatan habuk halus dalam udara bermakna sesuatu kawasan itu tidak sihat. Jika 201 hingga 300 bermakna sangat tidak sihat dan lebih 300 membawa maksud udara di sesuatu kawasan itu merbahaya.
  • Keadaan ketiadaan hujan dijangka akan menyumbang kepada peningkatan bacaan IPU dalam beberapa hari akan datang.
Dalam pada itu, negeri Sabah dan Sarawak belum lagi menerima sebarang lapuran jangkaan peratusan tahap IPU setakat ini. Mungkin kerana ia nya maseh lagi dalam keadaan yang stabil.
Sumber: Agensi
10 comments:

The pollution will get even worse if people do not start paying attention to this.


Sabah bagaimana? Harap2tidak pada tahap yang membahayakan.


diharap tahap IPU Sabah masih dalam keadaan yang stabil. rakyat juga harus selalu beringat agar mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyumbang kepada pencemaran.


harap keadaan masih terkawal dan langkah kesihatan seperti meminum banyak air perlulah diamalkan.


setuju dengan shiro, sebarang aktiviti yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara haruslah dielakkan terutamanya pada masa ini..


Rakyat harus peka dengan tahap pencemaran di negara kita sekarang. Jangan buat pembakaran terbuka, kilang2 harus menapis saluran pengeluaran asap mereka, dan amalkan perkongsian kereta.


Harap2 IPU di Sabah masih berada di paras selamat.


semoga tahap pencemaran udara di negara kita dapat dikawal.


Inilah punca pembangunan yang tidak mempunyai perancangan.


The government plays an important role to improve the quality of the air and environment.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails