
Ketua Penerangan PKR negeri Pahang, Razali Alias berkata isu yang liwat dan seks yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjejaskan sokongan rakyat Pahang kepada PKR.Razali menjelaskan, PKR belum memilih senarai calon tetapi mempunyai calon untuk semua kerusi yang ditandingi parti itu. Pembahagian kerusi di kalangan parti Pakatan Rakyat di Pahang untuk pilihan raya umum ke 13 hanya akan selesai bulan depan.
“Beberapa calon hang bertanding dalam pilihan raya umum lalu akan digugurkan dan diganti dengan muka baru yang lebih berwibawa.- “Jika mereka sudah beberapa kali bertanding dan kalah, sampai masa kerusi yang beliau tandingi itu ditandingi oleh calon lain,” katanya.
- Menurutnya, apa yang menarik ramai aktivis parti yang sebelum ini menyepikan diri kini sudah kembali menyokong PKR.
Katanya, ini pertanda yang baik kepada PKR dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.Pada pilihan raya umum lepas, PKR bertanding lapan kerusi Parlimen dan menang dua iaitu Bandar Kuantan dan Indera Mahkota.



July 18, 2011 9:53 AM
There is only one way to find out, wait for the next GE.
July 18, 2011 1:46 PM
yakah.. dilihat Anwar tak keruan sudah sekarang ni.
July 18, 2011 2:03 PM
bergantung kepada rakyat samada masih mempercayai kepimpinan parti pembangkang disebabkan isu Anwar ataupun tidak. tengoklah nanti dalam PRU-13
July 18, 2011 2:59 PM
sama ada menjejaskan pembangkang atau tidak, isu Anwar tetap memenjadi perhatian banyak pihak.
July 18, 2011 3:02 PM
Pastikah atau itu cuma untuk menyenangkan hati parti itu yang semakin berkurangan sokongan apatah lagi di kawasan negeri Sabah.
July 19, 2011 10:51 AM
rakyat sudah lupa isu itu kerana rakyat sedang memberikan tumpuan kepada isu Bersih..
July 22, 2011 12:54 AM
Lets wait for GE13 to come and see for ourselves.
Post a Comment