SUARA BEBAS TUARAN

Kenapa SSD Tidak Dapat Selesaikan Masaalah PATI Di Sabah?

Labels:

Saperti juga post saya sebelum ini, disini saya ingin mengambil peluang untuk beri pandangan saya terhadap masaalah PATI dan MyKad palsu di Sabah.
Dalam isu yang rumit lagi melibatkan integriti Negara ini, saya ‘refrain’ diri saya dari memihak kepada sesiapa. Mahu pun kepada UPKO atau pun KDN.
Namun tersirat dalam hati kecil saya, satu harapan agar kes PATI yang seakan-akan dalam situasi ‘stalemate’ ini dapat diselesaikan sebaik mungkin demi untuk keselesahan dan ketenteraman rakyat negara ini.
  • Sapertimana yang pernah saya nyatakan sebelum ini, kebanyakan pelawat di sini, lebih suka sekadar menyuarakan ketidak-puasan hati atau pun lebih senang dengan kaedah mengutuk mana-mana pehak yang tidak memehak kepada pendirian peribadi mereka.
  • Sekali lagi saya tegaskan di sini, bahawa hanya sekadar ulasan ringkas atau pun komen ‘yes’ dan ‘no’, boleh membosankan. Disamping itu ia nya tidak dapat membantu kita (selaku aktivis) untuk memodelkan beberapa pandangan bernas yang mungkin layak untuk diambil perhatian serta pertimbangan selanjutnya oleh pehak yang berkuasa disuatu hari nanti.
  • Saya percaya percaya pehak tertentu sedang memehati apa yang kita tulis disini.
Pada asas nya, proses untuk menengani masaalah PATI dan selanjut nya 'MyKad palsu' ini memang rumit lagi komplek. Agak nya, tidak salah kalau kita sanggup membantu serba sedikit dengan 'contributing ideas ' yang;
  1. Jujur,
  2. Telus,
  3. Tidak bias,
  4. Berpandangan luas lagi tepat,
  5. Mudah dan menarik untuk di kongsi bersama oleh semua pehak.
  6. Pro nasional...dengan harapan idea yang positif itu akan diterima pakai untuk di pertimbangkan pada suatu hari kelak.
Persoalan kenapa saya labelkan isu ini sebagai komplek? Kerana hingga hari ini semua usaha untuk membasmikan sama sekali masaalah ini, nampak nya seakan-akan menemui jalan buntu.
kalau tidak silap saya, perkara ini telah lama diperjuangkan saban hari
oleh pemimpin tempatan dan aktivist politik saperti Ngo dan sebagai nya.
Pada hakikat nya, Isu ini mula dibesar-besarkan sejak parti PBS mengambil alih tampuk kerajaan negeri Sabah pada suatu ketika dimasa yang lampau.
  • Sehinggakan suara-suara lantang sebagai tanda tidak puas hati dengan tindak tanduk kerajaan perseketuan dalam menengani hal ini, menjadi buah mulut disana sini.
  • Apa yang terjadi kini? Bilangan PATI bukan nya berkurangan, mala menurut rekod ia nya bertambah berkali ganda. Kenapa? Ada kah disebabkan suara pemimpin dan Ngo Sabah ini tidak didengari atau pun mungkin banyak procedure rumit yang perlu diamati sebelum sebarang tindakan dan perundangan di letakkan?
Kalau lah procedure yang saya maksudkan itu mudah untuk di implimentasikan, pasti nya kes ini sudah lama selesai di bumi Sabah, negeri di bawa bayu ini.
Antara procedure yang rumit ialah pertalian sejarah dan hukum diantara kita dengan negara yang rakyat nya sering berhijrah ketempat kita. Terutama sekali negara filipina.
  • Menurut sumber dari Filipino Blogger (Manila Watch), perhubungan legal kita dengan pewaris Sultan Sulu dari Filipina maseh lagi termaktub dalam buku perjanjian kita sejak Sabah merdeka melalui Malaysia.
  • Justeru bertindak dengan semborono pasti nya akan mengundang banyak permasaalahan dengan negera tersebut dipersanda undang-undang dan hak asasi kemanusian di mahkamah antara bangsa.
  • Untuk tujuan kearah pembenterasan secara total, perkara tuntut-menuntut di antara Malaysia dan Filipina ini harus diselesaikan terlebih dehulu.
Dalam pada itu, kerajaan kita telah menangkap, penjara dan menghantar balik imigran yang berstatus PATI kenegara mereka. Dan dalam kontak yang sama, bermillion-milion wang ringit telah dibelanjakan untuk pengurusan semua proses ini.
Namun hingga kini, masaalah tersebut maseh belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Penghantaran yang kerajaan lakukan selama ini nampak nya sia-sia kerana walau pun banyak rintangan, PATI tersebut maseh juga bebas menyusup semula ke negara kita melalui rutin yang sama. Ia itu melalui udara, laut dan daratan.
  • Dalam pada itu, dicela-cela strategi yang telah kerajaan rumuskan selama ini, kini timbul pula satu lagi desakan agar Suruhanjaya DiRaja (SSD) ditubuhkan demi untuk membantu menyelesaikan kes PATI ini dengan sebaik yang mungkin di Sabah.
  • Dengan ada nya SSD ini nanti diharap kehadiran PATI akan dapat di bentraskan sepenuh nya dan seterusnya dapat menenteramkan keadaan negeri ini, agar ‘everybody live happily ever after just like the story in a fairy tale’?
Rasa nya, impian kita yang indah itu mungkin akan bertukar menjadi ngeri sekira nya SSD itu pun gagal juga dalam melaksana kan missi mereka. Kerana selepas itu, kita tidak tahu apa lagi formula yang akan di cipta.
Sedangkan negera Amerika yang begitu cukup dengan senjata dan teknologi yang terchanggih di planet ini pun tidak berjaya menyelesikan masalaah imigran dan PATI dinegara mereka.
Dalam isu yang sama, timbul persoalan ingin tahu sejauhmana kah jaminan bahawa SSD ini akan berjaya dengan sepenuh nya kalau jawatan kuasa yang dipilih itu nanti tidak memenuhi cita rasa hasrat kita?
  • Pasti nya kuasa maseh lagi ditangan kerajaan perseketuan, khas nya KDN yang menentukan sesiapa diantara kita di Malaysia ini yang layak dipilih untuk menerajui bureaucracy SSD itu nanti?
  • Bagaimana kalau mereka yang di amanatkan itu, gagal dalam menjalankan tugas atas alasan kekurangan serba serbi. Saperti kekurangan pakar yang bertugas sepenuh masa dalam kerja-kerja mengutip informasi, teknologi changgih, penguatkuasaan, perundangan, ‘financial support’ dan sebagainya? Apa lagi bila mengingatkan bahawa masa kini, kita sedang berhadapan dengan ‘global recession phenomenal’.
  • Kalau situasi ini lah yang berlaku, agak nya sampai kiamat pun kita tidak dapat selesaikan masaalah ini.
Dalam banyak isu, ada kadang kala nya kita hanya tahu komplen, walhal pada hakikat nya tidak jujur dalam niat sebenar nya dalam perjuangan kita.
Dalam pada itu, agak mengherankan kenapa cuma UPKO sahaja yang beria-ia sangat berjuang untuk kes ini? Sehinggakan menurut sumber, mereka bertekad untuk meninggal kan BN kira nya penubuhan SSD ini tidak dimenterikan.
Walhal, sebanyak 24 MP dari parti komponen BN dan 1 (DAP) yang boleh membantu, nampak nya seakan-akan saperti ‘harimau kehilangan taring.' Kenapa?

At last but not least, Ada kah kita hanya sekadar membisu?
Salam!!!
Sumber: Gambar hiasan sumbangan Agensi
14 comments:

kebanyakkan PATI yang berada di Sabah adalah berasal dari selatan Filipina. mereka berhijrah ke sini kerana keadaan di sana yang tidak aman dan sering dalam peperangan. penduduk di sana menuntut kemerdekaan dari kerajaan Filipina. adalah lebih baik jika kerajaan Malaysia memberi bantuan dan galakkan kepada mereka dalam menuntut kemerdekaan. jika mereka mencapai kemerdekaan. pasti ramai PATI akan kembali ke sana dan masalah PATI di Sabah dpt diselesaikan @ dikurangkan.


diharap isu PATI ni diperjuangkan oleh para pemimpin untuk mencari jalan penyelesaian dan bukan mengambil isu ini untuk dipolitikkan semata-mata.


kalau SSD tidak berhasi. maka sudah masanya untuk kita mengambil langkah yang agresif..agresif maksudnya di sini, tiada lagi pengampunan, pemutihan dan sebagainya yang telah digunapakai sebelumnya..sudah pasti malaysia mempunyai anggota seperti PDRAM, ATM, RELA dsbgnya yang mencukupi untuk menghalau PATI ini keluar dari malaysia khasnya sabah..dan harus juga digubal akta yang berkaitan dengan PATI iaitu mengenakan hukuman berat seperti hukuman mati atas kesalahan menceroboh dan mecabuli kedaulatan negara.


Siapa yang pernah ke Filipin pasti akan tahu kenapa orang dr negara itu jadi pati di negara kita. hhmm..


Jadi dari aspek positif, kita patut bersyukur negeri kita adalah negeri yang aman damai. Namun dari persepektif lain, memang menyedihkan kenapa la isu pati ni tak pandai selesai.


Semua pihak harus berusaha bersungguh-sungguh demi menyelesaikan perkara ini.


"Kenapa SSD Tidak Dapat Selesaikan Masaalah PATI Di Sabah?"

I wonder that myself too, but then again this sort of issue is not easy to solve in just a year.


Neway, lets just hope that this matter will be solved as soon as possible before it gets worse than it is now.


memang sukar menyelesaikan masalah pati. mungkin Malaysia perlu lebih mengeratkan kerjasama dengan Indonesia dan Filipina untuk menyelesaikan masalah pati.


pendatang asing boleh menyusup masuk ke negeri ini secepat 30 minit.. dengan jarak yang dekat antara negara2 ini sangat memberikan advantage kepada PATI bukan sahaja untuk tinggal malah berulang alik ke negeri ini. walau apapun cadangan penyelesaian, jika kawalan sempadan kita masih lemah, isu ini tetap berlarutan sampai bila2.


Belum try mana kita tahu dapat selesaikan atau tidak. Jadi apa yang terbaik adalah tubuhkan dulu SSD dan kita tengok bagaimana perkembangan semasa dalam PATI ini.


Jangan kerana kepentingan diri kita semua kebaikkan kita tinggalkan. PATI membawa masalah kepada negara tidak kira dari segi apa pun seperti kesihatan, ekonomi, persaingan pekerjaan, dan keselamatan. Kerena hadirnya PATI ini banyak peluang pekerjaan diambil oleh mereka orang tempatan menganggur disana sini. Kes pecah rumah, kes bunuh, rompakkan dan sebagainya kebanyakan dilakukan oleh PATI ini. Ini membimbangkan penduduk tempatan itu sendiri. Jadi dimanakah pihak berkuasa yang menyelesaikan masalah PATI ini??


Sdra Hosie Masie

Komen peribadi sdra sungguh bernas, tetapi ia nya cuma sekadar pandangan dari satu hala. Ia itu, apa kita mahu..Bagaimana pula kes nya dengan apa yang mereka mahu?

Saya rasa pandangan sdra ini tidak cukup untuk kita gunakan bilamana berhadapan dengan pehak KDN nanti. Kerana mereka pun mempunyai alasan dari segi logistik, perundangan, masaalah perlaksanaan dan peruntukan untuk itu.

Next, kalau mereka enggan juga menubuhkan SSD dengan alasan hanya sekadar membuang masa, tenaga dan wang, bagaimana?

Apa kah tindakan balas dari kita seterus nya? Lawan gaduh? Perang? Atau pun, kita hanya sekadar mampu mendendangkan lagu ’ Nung NoIlan Ku Dah” dengan nada sedih..Disamping bertitisan air mata yang melambangkan emosi kemarahan?

Common guys, wake up..your country needs you !!!


I believe that RCI is not the only way that can be used to resolve this issue. Even if the RCI is granted, that does not necessarily mean that the issue is finished. After the investigation, relevant action must be taken.

What will the investigation reveal? Probably something that we already know. Perhaps its corruption in the Immigration department, or National registration. Perhaps it is due to human trafficking? I won't elaborate more, I'm sure we all have some ideas about it.

I think leaders should not only rely on the RCI. They should also come up with solutions to resolve this illegal immigrant issue. If the RCI was not approved, what then? Do we give up just like that?

I think the most important thing to do is for our government to talk with the other government (Indonesia/Philippine) regarding this illegal trespassing into our country. Previously in ASEAN integration, there are resolution to come together to solve this problem. Malaysia government should push for it during the next ASEAN summit.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails