
Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang pernah berkhidmat dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan rasa bimbangnya dengan kemerosotan ekonomi, sosial dan perpaduan yang berlaku di negara ini.Beliau kesal, kerajaan yang menerajui negara hari ini gagal memikul amanah kemerdekaan yang dicetuskan Tunku Abdul Rahman Putra bagi memastikan negara terus berdaya saing. Beliau juga bimbang, jika keadaan ini berterusan, negara semakin diambang kehancuran.
Kadir mahu rakyat melakukan perubahan segera bagi menyelamatkan negara daripada pihak yang hanya memikirkan kepentingan diri yang kini tidak lagi menghayati amanah kemerdekaan.- Beliau menyentuh isu perjalanan pilihan raya di negara ini yang tidak lagi dijalankan dengan aspirasi yang diterapkan oleh Tunku Abdul Rahman. Ujar beliau, ada pandangan menyatakan Berish 2.0 dan disokong oleh parti-parti politik yang mendapat sokongan 48 peratus menyatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih.
Dalam pada itu, Kadir menyelar sikap boros kerajaan yang kini membina projek-projek tertentu dengan kaedah runding terus walaupun projek berkenaan menelan belanja bilion ringgit.- "Dahulu sebut milion (juta) kini bilion-bilion (ratusan juta),” katanya secara sinis semasa berucap di majlis penubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang dipengerusikan oleh ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah serta dianggotai dan oleh bekas-bekas menteri kanan kerajaan BN.
Beliau juga menyebut beberapa projek pembangunan sekitar Lembah Kelang terutama di Sungai Buloh yang melibatkan pemberian tender secara rundingan terus bernilai RM37 bilion pada asalnya. Namun, kemudiannya boleh menjadi sehingga RM50 bilion ataupun RM70 bilion bila suatu hari nanti apabila projek ini mahu dimulakan, katanya.Isu ini sengaja diutarakan Kadir dalam menggambarkan kerajaan yang menerajui negara hari ini semakin tidak mementingkan kebajikan rakyat.



August 1, 2011 9:40 AM
Bila dah takde jawatan dalam kerajaan Kadir Sheikh Fadzir buat suara menentang pulak. Dulu masa ada jawatan bukan main kuat defend government policy, takde cacat cela pun tapi sekarang suara dia dah nak sama macam pembangkang. Cuba tanya sikit dengan kadir ni ...apa jasa dia masa dalam kerajaan dan UMNO. Apa dia buat untuk bangsa dan agama dan parti UMNO selain buat harta untuk diri sendiri dan keluarga dia yang dok pegang tujuh bahagian..semuanya kaya2 belaka. Nampaknya UMNO lagi banyak buat jasa pada Kadir...dok bagi jawatan Menteri dan jadi kayaraya... daripada Kadir ke UMNO..cakap banyak, pi masuk pakatanlah Kadir lagi senang cepat buat harta.
August 1, 2011 11:48 AM
nampaknya era pemerintahan Najib terlalu banyak isu dan kontroversi yang memperlihatkan ketidakpuasan hati rakyat. harap keadaan ini dapat ditangani demi keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia berbilang kaum.
August 1, 2011 11:53 AM
Keputusan dalam tangan rakyat.
August 1, 2011 1:52 PM
penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan untuk menjadikan negara ini lebih maju dan kepentingan rakyat perlu sentiasa dijaga.
August 1, 2011 1:56 PM
kenapa perlu berpecah, lebih baik bersatu.
August 1, 2011 4:18 PM
Bekas2 menteri sudah mula bersuara. Adakah kenyataan mereka ini ikhlas atau ada motif lain?
August 1, 2011 4:21 PM
Setuju dengan Mat. Jangan pula baru sekarang berani buat kenyataan dan menyelar kerajaan setelah banyak harta dikumpul.
August 1, 2011 5:04 PM
pembaziran harus dielakkan...projek yang hanya menguntungkan kroni dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat secara menyeluruh, harus tidak dilaksanakan.
August 1, 2011 5:06 PM
dan kadir, jangan hanya tahu cakap saja..buat tindakan..
August 1, 2011 5:06 PM
bila 1Malaysia tidak lagi bersatu, maka huru-hara lah negara..
August 2, 2011 8:46 AM
Mungkin benar juga kata penganalisis ini. Ekonomi kita sekarang kita boleh nampak sendiri semakin membimbangkan. Jadi apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang ini??
August 3, 2011 11:50 AM
biasalah.. ahli2 politik ni hanya bercakap jujur bila sudah tidak ada kepentingan dalam parti.
walau apapun yang dia cakap dan walau siapapun yang buat kenyataan itu, pemimpin2 kerajaan perlu juga ambil perhatian..
August 8, 2011 9:55 AM
Semuanya harus bermula dari golongan pemimpin dan seterusnya diikuti oleh rakyat.
August 8, 2011 9:57 AM
Apapun semua kena bekerja sama untuk memastikan 1Malaysia tetap akan berjaya dilakukan.
Post a Comment