SUARA BEBAS TUARAN

Kisah Di Sebalik Kelambatan Kelulusan Pembinaan SMK Nabalu

Labels:

Minggu lepas Sabahkini melapurkan, Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) meminta Kementerian Pelajaran supaya mengotakan janjinya untuk membina SMK Nabalu yang berharga RM45 juta itu tahun ini. Dalam isu yang sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun juga berharap agar pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan tersebut dapat diselesaikan tahun ini.
Walau macam mana pun kata Masidi terdapat sedikit masalah teknikal mengenai isu ini kerana apabila sekolah itu ditender, dikatakan ia melebihi daripada bajet yang diluluskan dan terpaksa ditender semula.
  • Selanjut nya Masidi menyatakan bahawa sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah baru-baru ini maklumkan perkara itu akan diberi perhatian.
  • Apa yang menarik disini ia lah selain dari harga pembinaan komplek SMK tersebut sebanyak RM45 juta, tiada penjelasan sebanyak mana kah masaalah teknikal yang dikatakan perlu di bendung oleh Jabatan Pendidikan, sehinggakan tender terpaksa di rumuskan semula. Dan dalam masa yang sama, perubahan tarikh perlaksanaan projek terpaksa ditunda.
  • Dalam jangkaan saya, para pakar perunding telah menemui beberapa informasi baru yang mengubah skop kerja dan kos anggaran projek tersebut secara keseluruhan nya.
  • Berasaskan kajian saya sebelum ini, salah satu sebab kegagalan sesebuah projek itu ada lah berpunca dari bekalan data-data yang kurang tepat. Maksud nya, data-data yang digunapakai tidak menapati sasaran sebenarnya kawasan atau pun lokasi projek tersebut.
Dalam isu ini, beberapa tahun yang lalu semasa bertugas di JKR Sabah, saya telah meninjau dan mengkaji beberapa kawasan-kawasan di persekitaran koridor Tamparuli-Pekan Nabalu-Bundu Tuhan dan pekan kundasang, dengan tujuan untuk mengenal pasti sama ada kawasan-kawasan tersebut relevan untuk penampatan komplek mega saperti SMK Nabalu dan sebagai nya.
  • Dalam kajian itu, kawasan tersebut sungguh menarik untuk peringanan, tetapi terlalu mahal untuk diterokai. Keadaan bumi semula jadi nya terdiri dari strata tanah yang unik ( gravel and loose earth) dan mengandungi air yang banyak. Disamping mempunyai alam sekitar yang sejuk dan selalu hujan.
  • Dalam pada itu, tidak terdapat tanah rata yang luas lagi sesuai untuk pembinaan komplek yang perlukan kawasan sebanyak 10 hectare keatas. Dalam pada itu, kawasan gaung dan arung dimerata tempat.
  • Dalam masa yang sama, kawasan tersebut tengah berhadapan dengan fenomena ‘three dimensional earths creeping’. Maksud nya tanah bergerak dari 3 arah, dalam kadar perlahan tetapi berlanjutan dan berterusan.
  • Apa lagi bilamana memikirkan bahawa akhir-akhir ini gegaran gempa bumi berskala Richter 6.0 , mulai di rasai di Daerah Ranau dan Kawasan yang berhampiran dengan Kundasang-Bundu Tuhan.
  • Justeru itu, untuk membangun kawasan tersebut ada lah terlalu mahal lagi mencabar kewibawan para pakar ‘geotechnic’.
  • Sebagai contoh, pemuliharaan jalan yang termahal di Malaysia ada lah terletak dikawasan merangkumi jalan Tamparuli-Nabahu dan Kundasang. Untuk tujuan itu, ia nya menelan belanja sekurang-kurang nya sebanyak RM25 juta setahun.
  • Antara lain, kerja-kerja tersebut melibatkan ‘extensive slope remedial, drainage, road formation upgrading and routine maintenance’ dan sebagai nya.
Tertaklok kepada sebesar mana kawasan yang diperlukan dan sebanyak mana kemampuan peruntukan yang disediakan, terasa bahawa cadangan untuk meneruskan juga cadangan SMK di situ akan mengalami permasaalahan yang besar lagi berlanjutan dari aspek kos pembinaan dan pemeliharaan.
Kecuali activist KDM dan pemimpin politik yang terlibat sanggup berkompromi untuk meletakkan SMK tersebut di kawasan yang berhampiran dengan koridor Tamparuli atau pun di Kawasan Kiulu.
Sumber: Agensi
9 comments:

Tidak perlulah kita mengetahui mengapa pembinaan itu lambat dilakukan. Kita fokus kepada janji yang telah dikatakan oleh Dr Mohd Puad Zarkashi.... Jika saya tidak silap beliau berjanji pembinaan akan bermula pada bulan October ini.


Memanjangkan isu ini tidak akan memberi sebarang manfaat kepada kita. Tidak perlu lah memanaskan enjin yang sudah sedia panas. Kita sejukkan hati masing2 dan pastikan kerja2 yang telah dipertanggungjawabkan dilakukan dengan segera.


Yang penting janji dikotakan. harap mereka bersabar untuk menanti pembinaan SMK Nabalu kerana pelbagai aspek perlu diambilkira dengan lebih teliti.


semoga semuanya berjalan dengan lancar setelah kelulusan telah dibuat.


apapun, pembinaan SMK Nabalu perlu jg dilakukan.


Tahniah sdra Sonkilou kerana dengan komen yang begitu selamba lagi santai, memaksa pembaca yang lain di seluruh nusantara ini, untuk menerima bulat-bulat pendapat sdra.
‘In other words’, tidak perlu memikirkan perkara-perkara lain yang penting sebagai punca dan sebab nya kelambatan pembinaan SMK Nabalu tersebut.

Untuk pengetahuan sdra, saya tidak pernah mempertikaikan kelulusan untuk pembinaan SMK Nabau, kerana kelulusan telah pun dijanjikan oleh Dr Mohd Puad Zarkashi Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran sebelum ini.

Walau macam-mana pun, saperti juga akivist dan pemimpin KDM yang lain, sdra sungguh berminat untuk menggunakan jalan ringkas dengan menekankan kerajaan perseketuan supaya mengotakan janji tanpa memikirkan resiko lain yang mungkin penting untuk dianalisakan sedalam-dalam nya sebelum melaksanakan projek SMK tersebut.

Sama ada sdra membaca artikel saya sepenuh nya atau pun telah menanamkan ‘mind set’ bahawa apa pun terjadi SMK Nabalu mesti di bena tahun ini.

Untuk rekod, cadangan pembinaan SMK tersebut ada lah diusahakan pada mula nya oleh Datuk Madius Tanggau selaku MP Tuaran pada musim itu dengan andaian bahawa kadar kos projek tersebut ada lah hanya sebanyak RM45 juta.
Dalam isu yang sama, Dr Mohd Puad pun turut tertipu dengan anggaran kos tersebut.

Tetapi bilamana dinilai semua oleh pakar perunding kerajaan perseketuan , didapati kos sebenar SMK tersebut melambung naik sebanyak hampir-hampir 100 %.

So dalam sudut ini, siapa kah yang patut dipersalahkan? Dr Mohd Puad? Madius? atau pun konsultant pertama yang memberi kos anggaran yang kurang tepat itu?

Now, apa kah tindakan sdr Sonkilou dan Pekadin kira nya pembinaan SMK tersebut tidak juga dapat dibena tahun ini?

Atau pun, dengan paksaan pembinaan SMK tersebut diteruskan juga dengan kos hanya sekadar RM45 juta.
Tanpa mengambil kira kemungkinan lokasi yang di cadangkan berkemungkin berhadapan dengan masaalah yang pernah dilalui oleh penghuni di perumahan Antara Bangsa di Kuala Lumpur?

Atau pun, saperti keruntuhan bangunan 'Highland Tower' di KL beberapa tahun yang lalu? Dimana tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa.

Dalam isu ini, siapa kah yang berani bertanggung jawab bahawa tempat pilihan asal di Nabalu itu selamat dari fenomena keruntuhan, tanah dan bangunan,? Sdra kah? Pekadin kah? Atau Masidi? Sedangkan Madius sendiri buat masa kini hanya sekadar mendiam diri.

Untuk pengatahuan Sdra, bangunan SMK Kundasang masa ini pun mengalami banyak kerusakan akibat pergerakan kemandapan tanah yang berterusan disitu.

Fikir-fikirkan lah


Memang pembinaan akan dibuat. Tapi kita perlu juga mencari lokasi yang sesuai untuk pembinaan. Jika didapati kawasan pembinaan kurang sesuai maka ini akan mempengaruhi struktur bangunan itu nanti. Ini akan merugikan saja, kerana SMK itu tidak sampai beberapa lama telah retak dan sebagainya.


analisa serta kajian ini cukup untuk menggambarkan bahawa kawasan itu kurang sesuai dan kerajaan patut meneliti semula projek tersebut sebelum melaksanakannya.


Harap SMK Nabalu akan disiapkan seperti dijanjikan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails