SUARA BEBAS TUARAN

KJ Sifatkan Penahanan MP Sungai Siput Sebagai Salah Faham

Labels: , ,

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta agar Ahli Parlimen Sungai Siput dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (OD) supaya dilepaskan. Khairy yang menyifatkan penahanan tersebut sebagai satu ‘salah faham’ akan menyatakan pendapat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadikan beliau sebagai pemimpin BN yang pertama berbuat demikian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau merasakan bahawa pihak kerajaan bertindak atas maklumat yang salah.
  • “Saya telah banyak mendengar ucapan daripada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar di Parlimen. Semua ucapan tersebut adalah hujah-hujah bernas dan tidak subversif,” kata Khairy.
  • Jeyakumar dan lima lagi ahli PSM telah ditahan di Pulau Pinang tujuh hari sebelum Perhimpunan Bersih 2.0 dijalankan pada 9 Julai, mereka ketika itu bertindak mengedar risalah-risalah kepada orang ramai supaya menyokong kehendak kumpulan tersebut untuk mendapatkan pilihan raya yang telus.
  • Penangkapan ahli PSM adalah salah satu daripada tindakan kerajaan yang mendapat komen buruk di peringkat antarabangsa, termasuk dengan penahanan aktivis-aktivis Bersih di mana 1,600 orang telah ditahan pada 9 Julai. Walaupun hampir kesemua mereka telah dibebaskan, kumpulan ‘PSM 6′ masih lagi berada dalam penahanan.
Ordinan Darurat tersebut telah digubal pada tahun 1969 sebagai langkah sementara sebagai respon kepada tragedi 13 Mei, yang membernarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.
Sumber: Agensi
8 comments:

Mereka harus diberi pengajaran agar tidak lagi melakukan sebarang kekecohan. Mereka harus juga berjanji tidak akan cuba untuk mempengaruhi orang ramai untuk bersama2 melakukan kekecohan.


Mana2 pihak yang ditahan ianya adalah untuk kebaikkan bersama.


dah lama mereka ditahan, lepaskanlah mereka.


isu ini mendapat pelbagai reaksi..setiap pihak ada hujah mereka masing-masing dan ini menjadikan masyarakat keliru. pada saya, rakyat sentiasa menilai isu-isu yang berlaku dan bagaimana setiap isu diuruskan. hasilnya nanti akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada pihak yang dirasakan betul.


diharap tahanan PSM itu dapat dibebaskan secepat mungkin. satu tindakan yang berani oleh pemimpin seperti Khairy.


Harap mereka ini perlu dilepaskan. Mereka ini tidak menggugat negara pun. Tapi berikan amaran kepada mereka ini. Ini peluang terakhir sekiranya didapati bersalah lagi akan dikenakan undang-undang.


bebaskan saja semua yang ditahan.. lagipun bukannya mereka buat jenayah. banyak lagi penjenayah2 diluar sana yang lebih patut ditahan.


Harap perkara ini jelas sebelum membuat penahanan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails