SUARA BEBAS TUARAN

Kuota Kuning PBS Tamparuli Di Pingiran?

Labels:

Baru-baru ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, 1Malaysia sepatutnya menjadi pegangan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, keturunan atau wilayah. Ia kerana, kata beliau, gagasan tersebut bertujuan memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Justeru, kata beliau, gagasan 1Malaysia perlu diperjelaskan kepada masyarakat di peringkat akar umbi supaya ia tidak berterusan diputar belit
  • Namun apa yang berlaku di pekan Tamparuli (photo kanan), lain pula cerita nya. Kerana konsep 1Malaysia yang diguna-pakai dalam proses pertandingan merebut jawatan dalam pemilihan AJK Bahagian PBS Tamparuli agak mengeliru lagi membimbangkan. Kerana pemilihan AJK bahagian Tamparuli seakan-akan satu model baru yang boleh di anggap sebagai satu anjakan paradigma kepada perjalanan parti PBS.
  • Menurut lapuran khas, PBS Tamparuli telah membuka ruang luas dengan membenarkan ahli dari yang bukan Islam bertanding dalam kuota kuning . Kuota yang selama ini diperuntukkan hanya untuk ahli yang beragama Islam.
  • Bila ditanya bagaimana kes saperti ini boleh berlaku, sedangkan PBS pusat dan lain-lain kawasan tidak mengamalkan perkara saperti ini.
  • Kata mereka, PBS Tamparuli kini memperkenalkan dasar yang lebih terbuka, selaras dengan agenda 1 Malaysia. Maksudnya, semua ahli, bebas bertanding tanpa mengira peruntukan kuota yang diletakkan dalam dasar parti tersebut selama ini.
Pada hemat nya, kuota kuning diujudkan dalam parti PBS ada lah bertujuan untuk mengambil kira hal-ehwal ahli-ahli yang beragama Islam dalam parti tersebut. Sebagai contoh, PBS induk tidak membenarkan sama sekali agenda untuk mencemarkan instituasi kuota saperti yang dilakukan oleh PBS Bahagian Tamparuli.
Kerana ia nya akan meporak-purandakan dasar murni PBS sebagai sebuah parti negeri yang mengamalkan konsep 'multiracial' dalam parti.
  • Dari apa yang kita tahu, Datuk Pairin Kitingan (Presiden PBS) sendiri, memastikan hal saperti ini tidak terjadi. Kalau pun kira nya ada pertandingan dalam kuota kuning tersebut , ia nya hanya dibolehkan khas untuk mereka yang beragama Islam sahaja. Justeru, jawatan-jawatan dalam kuota tersebut semesti nya di pegang oleh mereka yang beragama Islam.
  • Justifikasi dasar tersebut, ada lah untuk memudahkan parti dalam melaksanakan dasar melalui AJK yang dipilih dalam kuota tersebut untuk lebih arif dan berpengetahuan dalam kerja urus-mengurus hal-ehwal Islam dengan lebih lancar lagi.
Apa yang berlaku di PBS Tamparuli, ada lah satu 'precedence' yang mungkin akan mengubah struktur perlembagaan dan dasar PBS secara menyeluruh nya di negeri Sabah. Dan dalam masa yang sama, membuka ruang kepada para pemerhati politik untuk menimbulkan spekulasi negatif terhadap kewibawan PBS dalam persanda politik Sabah.
  • Antara lain, spekulasi yang hangat, ia lah PBS Tamparuli sudah tidak lagi menghormati peranaan orang-orang yang beragama Islam untuk bersama berjuang dalam PBS. Dengan itu, PBS tidak lagi releven untuk dianggotai oleh mereka yang beragama Islam.
  • Kedua, dikatakan , Pengurusi Bahagian PBS Tamparuli, sudah tidak mampu mengawal keadaan parti PBS Tamparuli, disamping kurang pekah terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan dasar parti. Beliau tidak terfikir bahawa akan timbul kesan negatif terhadap parti PBS Tamparuli dan BN khas nya dalam PRU13 nanti.
Dalam pada itu, ada juga pemerhati yang tertanya-tanya , apa kah kesudahan nya bilamana dengan tidak diduga, ahli dari bukan Islam berjaya merebut jawatan dalam kuota kuning tersebut.
Mungkin kah penyandang baru ( bukan beragama Islam) tersebut akan meneruskan kesinambungan amanat yang di pertanggung jawabkan oleh parti kepada bekas AJK sebelum ini? Maksud nya, pengurusan dalam hal-ehwal dan adat-istiadat orang-orang Islam akan diambil alih oleh AJK baru yang bukan Islam?
  • Atau pun kerana perubahan keadaan, pentadbiran baru PBS Bahagian Tamparuli terpaksa melakukan banyak kompromi dalam beberapa hal dan isu? Sedangkan, pada dasar nya, pemilihan tersebut tidak selari dengan kehendak parti PBS Pusat.
Apa-apa pun, kesudahan pemilihan AJK PBS Tamparuli pada 27hb Juli 2011 ini nanti, pasti nya menarik untuk kita tunggu dengan harapan penjawat jawatan yang beragama Islam itu menang dan berjaya mengekalkan portfolio mereka saperti sebelum ini.
Sumber: Pemerhati PBS
5 comments:

jgn cemarkan kuota yang telah ditetapkan.


diharap kuota kuning yang sudah ditetapkan itu tidak dilanggar oleh mana2 pihak agar tidak menjejaskan kewibawaan PBS.


jika sudah ada kouta yang ditetapkan, maka ianya wajar untuk dipatuhi.


ahli2 PBS sendiri patut berani membantah sekiranya ada mana2 dasar dalam parti itu tidak sesuai dilaksanakan..


Pegangan 1 Malaysia perlulah bermula daripada diri sendiri.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails