SUARA BEBAS TUARAN

LUC Kinabatangan, Nafikan Hak Penduduk Kg Tambisan ?

Labels:

Sekali ligi kita dikejutkan dengan berita sedih bilamana hak penduduk asal Kampung Sungai Nipah, Tambisan yang terletak di daerah Kinabatangan telah di nafikan hak mereka demi untuk memberi laluan kepada geran Komunal. Dalam erti kata yang lain geran komunal ini ada lah satu skim yang memberi ruang luas untuk syarikat-syarikat besar memajukan kawasan tersebut
  • Menurut sumber dari Tambisan, penduduk tersebut telah pun berjaya memajukan kawasan seluas 950 ekar dengan tanaman kelapa sawit yang kini berusia antara 4 hingga 7 tahun. Dalam masa yang sama mereka telah mendirikan rumah kediaman masing-masing disana.
  • Dalam pada itu, pada 2006, beberapa orang pegawai Jabatan Tanah & Ukur daerah Kinabatangan telah datang untuk membuat pemeriksaan serta pengesahan pembangunan ke atas seluruh kawasan tanah yang dipohon oleh penduduk sebelum itu.
  • Pada tahun 2008; semua pemohon yang terlibat telah mengemaskini data-data permohonan, mengumpul gambar-gambar tanaman serta struktur binaan rumah di lot masing-masing dan dihantar ke Pejabat Tanah & Ukur Daerah Kinabatangan.
  • Seterusnya pada 2009; semua pemohon terlibat telah menyediakan satu lagi laporan lanjut data permohonan yang dikemaskini berserta gambar-gambar bukti pembangunan di atas tanah yang dipohon ini untuk diserahkan kepada Pengarah Tanah & Ukur, Kota Kinabalu.
  • Selanjut nya pada tahun 2010; seramai 3 orang kakitangan yang diketuai oleh Juruteknik Ukur daripada Pejabat Tanah & Ukur daerah Kinabatangan telah menjalankan Pengukuran Ukur Keliling Skim Penempatan Tambisan; memeriksa pembangunan di setiap lot, mendapatkan data-data terkini setiap pemohon, termasuk mengambil gambar-gambar tanaman dan rumah-rumah yang telah didirikan oleh setiap pemohon.
Malang nya pada tahun 2011, satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) Daerah Kinabatangan yang telah diadakan semula dan membuat keputusan ‘MEMBATALKAN SEMUA P.T’ yang telah dipohon oleh penduduk di kawasan tersebut. Disebaliknya, meluluskan cadangan pengeluaran Geran Komunal untuk kawasan Tambisan, Kinabatangan.
Sumber: Agensi
14 comments:

saya cadangkan penduduk2 di kawasan itu terus berjumpa dengan menteri yg berkenaan & suarakan ketidakpuasan hati mereka....


Diharap pihak Jabatan Tanah Kinabatangan dapat tarik balik keputusan mereka & jelaskan sebab2nya kepada menteri yg berkaitan...penduduk sudah lama tinggal di tanah itu...jika dirampas, dimana lagi mereka nak tinggal?


Harap mereka akan mendapat balik hak mereka yang sewajarnya.


kebajikan penduduk kawasan tersebut harus dipelihara.


Nampaknya penduduk perlulah menerima geran komunal ini. Tapi cuma satu saja yang kita mahukan. Tanah yang diusahakan oleh mereka sebelum ini akan terus diusahakan oleh mereka dibawah geran komunal.


Wakil rakyat atau menteri perlu turun padang dan bantu mereka. Kenapa perlu menidakkan hak penduduk Kg. Tambisan? Bantulah mereka.


Pihak Jabatan Tanah Kinabatangan perlu meneliti semula keputusan mereka. Jika terdapat kesilapan, walaupun kecil akan memberi impak yang besar kepada penduduk Kg. Tambisan.


tanah tersebut telah diusahakan sekian lama oleh penduduk.rasanya tindakan Jabatan Tanah tidak wajar dan tidak adil untuk penduduk Kg Tambisan. hak mereka harus dibela


Kesiannya. Penat2 berusaha last2 nama mereka takda. huhu


Harap hal ini dapat diselesaikan segera :)


salam, Saya penduduk kg tambisan, TYT kitapun warga tambisan...kita kenal penduduk asal dan betul-betul penduduk tambisan...Tanah itu milik penduduk asal kg tambisan tapi di ceroboh dan yang lebih malang lagi bila ketua kampung tambisan melawat tanah tersebut disambut dengan 1 das tembakan shortgun adakah mereka ini penduduk kg tambisan fikir-fikirkan


setahu saya tanah itu tidak dimiliki oleh siapa2.. berkenaan dengan shortgun itu pula, apa yang saya dengar sebelum tanah itu dibuka tanah itu diduduki oleh seorang PATI yang mengusahakan tanaman untuk keperluan sendiri. penduduk berhampiran tidak senang dengan kehadiran PATI yang kemudiannya bertindak memusnahkan semua tanaman PATI itu.. jadi disitulah bermulanya kes shortgun dan seterusnya pembukaan tanah..


Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jangan ambil kesempatan atas kedaifan orang2 kampung.


Ingatlah bahawa apa sahaja yang kita lakukan akan berbalas kepada kita, satu hari nanti.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails