
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cuma 390,404 daripada 1.75 juta pekerja asing telah mendaftar di bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah setakat ini, namun beliau jangka itu akan meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi.Menurutnya, program itu berupaya menangani pelbagai masalah dan cabaran seperti pekerja asing yang sah lari meninggalkan majikan, membendung isu pemerdagangan manusia dan lain-lain.
Dalam pada itu, KDN sedang sedang mempertimbangkan untuk memberi keistimewaan kepada majikan dan pekerja asing yang mendaftar awal dalam Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.- Hishammuddin berkata, antara keistimewaan yang dimaksudkan adalah dari segi keutamaan kepada majikan di negara ini yang memerlukan pekerja-pekerja asing. Justeru, Hishammuddin berkata, beliau menasihatkan para majikan untuk segera mendaftarkan pekerja masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan kerajaan iaitu sehingga 31 Julai ini.
“Kita sedang mempertimbangkan beri keutamaan kepada majikan yang memerlukan pekerja-pekerja asing kepada majikan yang mendaftar awal (Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah) dan lagi lambat lagi susah dia (majikan) dapat pekerja asing,” katanya di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Puterajaya kelmarin.
Mengulas lanjut, katanya, program tersebut bukan bertujuan untuk berseronok atau menyusahkan orang ramai sebaliknya ia mempunyai agenda yang lebih besar terutama melibatkan keselamatan negara.


July 27, 2011 11:40 AM
apapun, semoga program ini berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.
July 27, 2011 11:48 AM
ada keistimewaan pula diberikan kepada majikan dan pekerja asing yang mendaftar awal. adakah cara ini berkesan untuk menjayakan program 5P? kelihatan seperti kurang sokongan dari golongan sasaran.
July 27, 2011 1:34 PM
mungkin ini dilakukan bagi menarik majikan untuk mendaftar. apa pun, harap semua pihak akan bersungguh-sungguh dan dapat menyelesaikan masalah pati.
July 27, 2011 1:43 PM
Bila ada tawaran sebegini, para majikan pun akan bertindak segera untuk mendaftarkan pekerja mereka. Jadi proses pendaftaran pun lebih cepat.
July 27, 2011 1:46 PM
Diharapkan tiada pihak yang sengaja menyebarkan maklumat palsu mengenai program ini atau mengambil kesempatan untuk mengenakan bayaran kepada majikan atau pekerjanya.
July 28, 2011 12:19 AM
Harap cara ini dapat menanggani masalah pati yang makin bertambah..
July 28, 2011 12:20 AM
Semoga program ini berjalan lancar.
July 28, 2011 9:27 AM
Maka pekerja asing perlulah melakukan tanggungjawab merekan untuk mendaftaran dengan pihak tentu. Ini untuk memudahkan penyelesaian pendatang haram berlaku.
July 28, 2011 9:48 AM
Pekerja asing harus memberikan kerjasama. Selepas ini mungkin kesesakkan berlaku jika lewat mendaftar.
July 29, 2011 9:01 AM
sektor perladangan paling banyak menggunakan tenaga pekerja asing dan PATI di negara ini. walaupun tidak diwujudkan keistimewaan ini, sektor ini tetap diberi keutamaan..
July 29, 2011 9:42 AM
Majikan patut memberi kerjasama dengan kerajaan untuk menjayakan program 6P ini.
August 8, 2011 11:16 AM
Beri kerjasama anda. Sila daftarkan pekerja asing yang belum didaftarkan lagi.
August 8, 2011 11:17 AM
Ini adalah bagi mengumpul data berapa ramai yang telah datang dan mendaftar sebagai pekerja.
Post a Comment